Walaupun anak menantu sudah punyai kehidupan sendiri, entah mengapa para ibu masih gemar campur tangan dan mengongkong segala perkara. Rimas, itulah hal yang dihadapi seorang wanita ini.
Air ketuban dah pecah selama 13 jam…Keluarga tak izin isteri terima rawatan bersalin
Dalam video yang dikongsikan petugas kesihatan bernama Laelatul Badriah, seorang isteri ini pecah air ketuban pada 11/6 dan tarikh 12/6 barulah dia dibawa jalani pemeriksaan. Mengikut pemantauan yang dibuat, dia perlu dirujuk segera demi menyelamatkan bayi dalam kandungan. Namun peliknya, pihak keluarga tidak membenarkan wanita itu ditahan di sana kerana mahu proses beranak ini berlangsung secara natural.
Suami tidak tampil lindungi isteri…Hanya akur dengan desakan ibu mentua
Walaupun para perawat berkali-kali ingatkan pilihan untuk menunggu lebih lama itu boleh menjejaskan bayi, mereka masih berdegil. Apa yang menjengkelkan, si suami yang berada di situ hanya mengiyakan saja perintah si ibu tanpa mengambil kira keselamatan isteri dan kandungan. Walaupun pasukan perawat sudah ke tahap pergi ke rumah mereka, keluarga terbabit langsung marah dan tetap dengan pendirian untuk menunggu.
Untuk para ibu hamil & suami, haruslah berfikiran bijak & logik
Keadaan semakin getir, akhirnya apa yang paling dirisaukan oleh para perawat telah terjadi. Bayi dalam kandungan si menantu gagal diselamatkan lantaran kemahuan keluarga mentua yang bersifat pentingkan diri. Justeru apa yang berlaku diharapkan menjadi pengajaran buat suami di luar sana agak bijak dalam membuat keputusan.
Kredit : TikTok Laelatul Badriah
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Leave a Reply