Sedihnya… Mungkin Abby sudah lama pendam.. Abby Akhirnya dedah ini yg berlaku pada Marissa..

Pelakon Abby Abadi mendedahkan anak keduanya, Marissa Dania Hakim memilih menghilangkan diri selepas dipercayai berkahwin di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Menurut Abby, dia hanya bertemu dengan Marissa, 19, buat kali pertama pada majlis memperkenalkan bufet ramadan di sebuah hotel, baru-baru ini.

Jelas Abby menerusi sesi podcast GVV Studio yang dikendalikan Datin Rebecca Nur Al-Islam, dia tidak mampu membuat apa-apa, namun percaya anaknya dalam keadaan selamat dan mampu hidup berdikari.

“Dia (Marissa) melarikan diri, menghilangkan diri,” katanya.

Menurut Abby lagi, dia tidak mampu berbuat apa-apa ketika berdepan kemelut itu.

“Saya tahu Marissa selamat.

Itu saya kata, dia rasa sudah mampu berdiri atas kaki sendiri. Saya serah kepada Allah SWT.

“Saya rasa tak mampu nak buat apa-apa untuk ubah apa yang Marissa sekarang. Cuma, saya mengharapkan yang terbaik buatnya. Kalau rasa perlukan mama, baliklah,” ujarnya.

Semalam, isu Marissa yang memilih suami orang sebagai pasangan hidup kembali tular apabila video sesi fotografi raya untuk satu jenama pakaian tersebar dalam media sosial.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan jenama pakaian itu.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*