“17 Individu Sah Ditangkap..” Selepas 2 Bulan Menyiasat, Polis Sahkan Ini Yang Dilakukan Kepada Suspek

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran RM20,000 kepada mana-mana pihak yang membantu polis sehingga suspek yang membunuh kanak-kanak autism, Zayn Rayyan berjaya ditangkap.
-ADVERTISEMENT-
Ads by

Timbalan Pengerusi MCPF Selangor, Datuk Seri A Thaiveegan, berkata pemberian ganjaran itu dibuat melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor dalam usaha membantu menyelesaikan kes pembunuhan kanak-kanak terbabit.

“MCPF Selangor bersedia menawarkan ganjaran sebanyak RM20,000 kepada sesiapa yang boleh membantu memberikan maklumat kepada Polis Selangor untuk menangkap suspek dan dituduh dengan kesalahan itu.

“Ini inisiatif pihak MCPF Selangor yang sudah dipersetujui Pengerusi kami, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, hari ini.

Thaiveegan yang juga bekas Ketua Polis Pulau Pinang menghadiri sidang media berkenaan yang dipengerusikan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Sementara itu, Hussein berkata, polis setakat ini masih tidak menemui sesuatu yang kukuh untuk menjurus ke arah individu yang terbabit dalam kes pembunuhan kanak-kanak itu.

“Itu kesulitan yang dialami oleh pihak polis, kita tidak jumpa satu keterangan fizikal atau keterangan verbal yang nampak boleh menjurus ke arah satu individu yang melakukan perbuatan ini.

“Walaupun kita sudah cuba dan pelbagai usaha dilakukan, dari awal Disember hingga kini dua bulan lebih kita berada di tempat itu menyiasat dan juga tempat lain yang difikirkan wajar.

“Kita juga menggunakan bantuan teknikal, tetapi masih belum menemui sesuatu yang dapat menjurus ke arah penangkapan individu itu, tetapi polis masih meneruskan usaha mengesan pihak yang melakukannya,” katanya.

Setakat ini, Hussein berkata, Polis Kontinjen Selangor terutama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dibantu pasukan Bukit Aman melakukan pemeriksaan membabitkan 1,613 unit rumah.

“Polis sudah memeriksa 5,786 individu, 216 kenderaan diperiksa, 17 individu ditangkap dan 243 kenyataan sudah diambil.

“Selain itu, rakaman daripada 15 sistem kamera litar tertutup (CCTV) diperiksa dan 168 item barang kes dipungut di tempat kejadian serta pelbagai tempat lain.

“Sebanyak 262 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada individu, manakala pemeriksaan forensik turut dilakukan ke atas 42 rumah,” katanya.

Beliau berkata, dalam siasatan kes itu juga, polis menggunakan khidmat lapan anjing pengesan unit K9 sebanyak enam kali, selain khidmat bomba, jabatan perhutanan serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*