Angeline Tan Syampu Kepala Sabri Yunus, Net1zen Imb4u Ken4ngan Pi Mai Pi Mai Tang Tu – ’30 Tahun Tunggu Lucy Cuci Rambut’

Perkahwinan antara pasangan pelakon, Sabri Yunus bersama Angeline Tan sehingga kini masih lagi menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya gembira melihat kemesraan mereka.

Mesra bersama

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, mereka telah digandingkan bersama bagi mempromosikan sebuah jenama produk makanan popular.

@pakmatwestern

Lain macam sweet orang lama ni 😍 #sabriyunus #angelinetan #fyp

♬ original sound – pakmatwesterncafe – pakmatwesterncafe

Kebahagiaan yang terjalin di antara pasangan selebriti itu juga dapat dilihat pada setiap adegan yang dilakonkan. Paling menarik perhatian warganet adalah adegan Angeline sedang mencuci rambut Sabri yang membuatkan peminat mengimbau kembali lakonan mereka di dalam sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

30 tahun tunggu Lucy cuci rambut. Pertama kali tengok Lucy cuci rambut real punya, selama ini hanya tengok salon Lucy je. Scene dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu baru keluar sekarang.

Sejak perkahwinan mereka, saya tengok semula Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Terdahulu, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis pada 14 Oktober yang lalu. Sekadar info, Sabri dan Angeline mula berkenalan semasa menjayakan sitcom tersebut pada tahun 1992.

Untuk rekod, Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Walau bagaimanapun, Norraya meninggal dunia pada Ogos 2007 akibat kanser.

Sementara itu, Angeline yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini pula mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*