‘Patutla tak ajak msuk rumah..’. Tak sangka adik hidayah cakap begini 😱

“Datang roger-roger dulu, jangan main terjah dan tunjuk yang awak tu bagus…”

Antara kata-kata yang ditulis ahli keluarga Hidayah selepas kedatangan pelawak, Ali Puteh yang mahu melunaskan tuntutan bayaran saman fitnah yang perlu diselesaikan.

Pelik adik Hidayah ‘up story’ lagi
Menerusi tangkapan layar dari Insta Story Ali, dia seakan pelik dengan tindakan individu dikenali sebagai Zainuddin yang memuat naik hantaran berkenaan seolah-olah tidak berpuas hati dengannya.

“Pulak…dah adik Dayah pulak naik story macam tak puas hati,” tulis Ali.

“Datang roger-roger dulu, jangan main terjah…”

Difahamkan, menerusi hantaran tersebut, lelaki berkenaan mengatakan yang Ali telah datang kepada mereka dengan membawa bodyguard dan acah-acah memberitahu umum bahawa keluarga mereka tidak melayani kedatangan pelawak itu.

Dia juga memberitahu bahawa adik kepada allahyarham Abam Bocey terbabit belum lagi membayar hutang tersebut dan perlu bertemu dengan peguam bagi melunaskan hal berkenaan.

“….ni datang bawa bodyguard bagai lepastu acah-acah kami tak layan. Macam mana nak layan bro, datang main langgar dan kami pun layan main langgar lah bro,”
“Apa-apa pun duit belum bayar lagi. lepas ni hang jumpa lawyer ok. Kita ada undang-undang bukan boleh ambil duit sesuka hati,” ujarnya.

“… jangan main terjah…kalau roger memang layan VVIP” -Adik Hidayah
Di akhir perkongsian berkenaan dia sempat memberitahu bahawa akan memberi layanan VIP jika pihak Ali datang dengan memberitahu termasuklah menyediakan karpet merah menyambut kedatangannya.

“Kalau roger memang kami layan VVIP, karpet merah kuning, makan di kedai Hidayah Hamzah dan pekena cempedak goreng lagi,” tulisnya.

Ali jelaskan semalam datang memang nak bayar hutang, tapi mereka tolak
Walau bagaimanapun, hantaran tersebut dilihat sudah dipadam dari akaun Instagram lelaki terbabit.

Ali juga mempersoalkan tindakannya yang mengungkit tentang bayaran kerana dia datang ke tempat Hidayah memang bertujuan untuk membuat pembayaran tersebut namun mereka yang menolak berikutan perlu melalui peguam dahulu.

“Dah sebut saman belum bayar pulak. Semalam datang nak bayar tak nak pulak, alah pulak,” kata Ali lagi.

@aliputeh89

Dengan izin dari allah semua ini terjadi.. Insyaallah terus berjuang demi keluarga.. Setiap yg pahit pasti ada manisnya.. Janji allah itu pasti setiap ujiannya pasti ade hikmahnya.. Terus membesar anak anakku semua.. Hubungan saudara kite tidak akan terputus dan pasti kite pertahankan.. Insyaallah #syedsharifah #silaturrahim #teruskuatdemimereka

♬ original sound – aliputeh – aliputeh

Semalam, pemilik nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan telah datang bertemu bekas kakak iparnya untuk melunaskan hutang beberapa tahun lalu demi segera menyelesaikan kemelut yang melanda.

Namun, dia gagal melakukan hal itu berikutan pihak Hidayah meminta untuk berurusan dengan peguam mereka.

Walau bagaimanapun, Ali bersyukur kerana dapat bertemu dengan anak saudaranya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey selepas hampir empat tahun tidak dapat bersua muka.

Sumber: Instagram Aliputeh_official

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*