Laju betul pesawat meluncur jatuh, ‘Voice cockpit’ dh jumpa tp ada sesuatu jadi tnda tnya

Operasi mengesan kemungkinan baki cebisan mayat mangsa nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di sini semalam disambung pada 9 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi berkata operasi hari ini menumpukan kepada proses ‘sweeping’ di lokasi kejadian.

Beliau berkata satu sidang media bagi memperincikan operasi hari ini dijangka diadakan pada 9.30 pagi ini sama ada oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain atau Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Selain itu, beliau berkata Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) berjaya menemukan perakam suara kokpit (CVR) pesawat malang tersebut pada 10.20 malam.

CVR itu, yang merupakan sebahagian daripada komponen kotak hitam, telah dibawa oleh BSKU ke makmal untuk dianalisis.

“Kotak hitam itu ada dua komponen iaitu perakam data penerbangan (FDR) dan CVR. Pasukan BSKU berjaya temukan CVR tadi pada 10.20 malam tadi manakala FDR masih belum ditemukan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai Datuk Seri Johari Harun adalah antara nama dalam senarai penumpang pesawat yang terhempas pada 2.40 petang itu.

Katanya turut tersenarai dua juruterbang iaitu Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim serta lima penumpang lain Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohd Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib.

Bagaimanapun, Loke berkata identiti dua lagi orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang terlibat dalam nahas itu akan disahkan melalui siasatan polis.

Sumber : bernama

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*