Ada Kereta Porsche & Beli Hermes RM300 Ribu, Baru 14 Tahun Bayar Zakat Perniagaan RM10 Ribu!

Rezeki Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustamam! Masih bergelar pelajar dan baru berusia 14 tahun, kejayaan gadis ini membayar zakat perniagaan RM10,000 nyata menjadi bualan. Putri Mumtaz atau mesra disapa Piya yang merupakan pengasas produk makanan menarik perhatian ramai selepas berita tersebut tersebar di media sosial.

Khabarnya Pija juga menjadi individu termuda membayar zakat perniagaan tahun 2022 berjumlah RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Pengasas BebyCurve ini dilaporkan hadir menyerah zakat perniagaan kepada Ketua Pegawai Zakat MAIK, Ameer Azeezy Tuan Abdullah baru-baru ini.

Jelas usahawan muda tersebut, dia tampil menunaikan tanggungjawab selepas produk BebyCurve yang diusahakan mencecah jualan RM400,000 dalam tempoh empat bulan sejak September tahun lalu.

“Saya mula berniaga menerusi aplikasi TikTok dan agak terkejut apabila mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan. Saya mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi penjualan produk saya.

Susulan sambutan yang menggalakkan, ibu Bibi Hasnalinda Zainal Abidin dan ayah, Mustamam Che Yusof menasihati saya supaya mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.”

Tambahnya, dia lega dapat menjadi salah seorang pembayar zakat dan berharap sumbangan itu membantu golongan yang memerlukan.

Kejayaan dan gaya hidup Piya sering mendapat perhatian followersnya di media sosial kerana mewah dan berjenama antarabangsa. Sebelum ini, dia turut menjadi tumpuan selepas membeli tumbler Starbucks bernilai RM1,800.

Malah Januari lalu, Piya ada berkongsi momen dirinya membeli beg tangan berjenama mewah Hermes mencecah harga RM300,000!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*