“Saya balik lebih kurang jam 8.30 malam dan dia ada lagi di situ. Jersi nama Apam warna gelap dan hitam,” – Saksi

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan satu mayat lelaki dewasa yang ditemukan di Sungai Klang adalah Nidza Afham Mokhtar.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses selanjutnya.

“Ya. Dipercayai adalah abang penyanyi yang dilaporkan hilang semalam,” katanya ketika dihubungi sebenar tadi.

Sebelum ini, dilaporkan kehilangan Nidza Afham didakwa berkaitan dengan kes samun.

Adiknya, Afrina Hanie Mokhtar berkata, polis mempercayai kehilangan Nidza Afham berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai manakala, kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet milik bekas peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga itu tidak berusik.

Afrina berkata, penemuan dompet dan telefon bimbit Nidza Afham atas Jambatan Sungai Klang juga berada dalam keadaan pelik.

“Saya rasa saya nampak dia malam semalam.”

u komen seorang pengguna platform X yang membalas hantaran Efahanie iaitu kakak kepada penyanyi, Nidza Afham yang hilang sejak semalam.

Di ruangan komen, individu itu berkata, dia nampak Afham di kawasan Stadium Sultan Suleiman, Klang kira-kira jam 8.30 malam.

“Saya rasa saya nampak dia malam semalam sewaktu joging di Stadium Sultan Suleiman itu. Saya balik lebih kurang jam 8.30 malam dan dia ada lagi di situ. Jersi nama Apam warna gelap dan hitam,” tulis pengguna X itu.

Efahanie kemudiannya mengesahkan bahawa adiknya memang ada jersi yang tertera nama pendeknya.

“Salam. Dia ada jersi nama Apam. Saya tak pasti dia pakai apa malam tadi. Betul, dia ada jersi itu. Mungkin itulah yang dia pakai malam tadi,” katanya.

Afham yang juga abang kepada penyanyi Aufahanie hilang sejak semalam selepas keluar berjoging.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*