
TanyaIah kepada sesiapa saja, yang tua atau muda. Siapakah aktor paling hebat di Malaysia?
Pasti ramai menjawab P RamIee, Seniman Agung Negara yang telah lama meninggalkan kita semua namun khazanah karyanya masih tersimpan utuh di dalam sanubari anak Malaysia.
P RamIee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria merupakan seorang penyanyi, pelakon, pemuzik pengarah dan penulis lagu.
Filem-filem lakonannya banyak meninggalkan kesan kepada kita. Dari hitam putih ke layar perak, filemnya tidak pernah ditelan zaman.
Realitinya sehingga kini anak-anak muda turut terkesan dengan dialog-dialog istimewa melalui filemnya.
Siapakah sebenarnya P RamIee?
Soalan yang hanya sesuai dijawab oleh Dato’ Seri Dr. Ahmad Khan bin Nawab Khan, atau dikenali sebagai Ahmad Nawab. Komposer berusia 88 tahun ini telah mencipta lebih 2,000 buah lagu dan menerima Anugerah Seniman Negara pada 2006.
Pernah mendengar lagu iklan “Malaysia Truly Asia”?
Itu adalah hasil kerja Ahmad Nawab dan dia sendiri mengawasi rakaman tema lagu Pelancongan Malaysia itu dalam 17 bahasa.
Walaupun, sejarah kariernya tidaklah begitu berwarna-warni, namun dia telah bekerjasama dengan ramai bintang hiburan di Malaysia termasuklah Allahyarham Sudirman, Saloma dan tentu sekali, P RamIee.
Mac 22 adalah hari ulang tahun kelahiran Allahyarham P RamIee yang ke-92 tahun, Allahyarham telah meninggI dnia di usia 44 tahun.
Mengimbau kenangan bersama P RamIee, Ahmad Nawab membuka cerita bahawa mereka berdua berasal dari Pulau Pinang dan belajar di Francis Light English School yang mana Ahmad Nawab adalah empat tahun lebih muda dari P RamIee.
” Pada masa itu, orang tidak kenal siapa P RamIee sebab dia belum lagi menjadi bintang filem. Kemudian, bila dia ke Singapura dan menjadi pelakon barulah ramai yang mengenali beliau,” ujar Ahmad Nawab.
Sementara P RamIee mengasah bakat lakonannya, Ahmad Nawab menuntut ilmu dalam bidang muzik dari ayahnya sambil bekerja di kelab malam sebagai pemuzik untuk menyara hidup.
Mereka kemudian bertemu di Kuala Lumpur apabila P RamIee menubuhkan studio di Merdeka Filem di Ampang.
” Kami bertemu pada 1964. Dia panggil saya dan berkata, ‘Boleh tolong saya? Saya bikin filem di sini dan saya tidak punya kawan, boleh tolong saya,’” cerita Ahmad Nawab.
P RamIee memerlukan seorang komposer yang berupaya mengarahkan skor filemnya dan secara kebetulan, Ahmad Nawab adalah orang yang terbaik untuk menjalankan tugas tersebut.
” Setiap minggu, saya akan bertemu dia. Kami berborak sebagai kawan, bukan sebagai pelakon.
” Dia tahu saya adalah penulis lirik dan dia meminta saya mengarang untuk filemnya,” ujanya lagi.
Oleh itu, Ahmad Nawab bekerja dengan P RamIee untuk filem klasiknya Do Re Mi, Nasib Do Re Mi dan Sesudah Suboh.
Menurut Ahmad Nawab, di dalam filem Masam-Masam Manis, P RamIee membawakan watak sebagai pemain saxophone dan ianya adalah memek dari rakaman muzik Ahmad Nawab.
” P RamIee adalah pelakon yang sangat berbakat tetapi dia tidak boleh bermain saxophone. Beliau boleh bermain violin dan piano tetapi bukan saxophone,” ujarnya.
Kata Ahmad Nawab, dia masih ingat bagaimana sahabatnya itu berterima kasih di atas bantuannya.
Menariknya, di luar layar P RamIee adalah seorang yang sukakan kehidupan persendirian dan suka menghabiskan masa di rumah.
” Beliau adalah seorang sahabat yang sangat baik dan bijak. Dia suka bikin filem untuk semua orang,” ujar Ahmad Nawab.
Menurutnya lagi, filem-filem P RamIee diilhamkan dari perbezaan kebudayaan di Malaysia sehingga menjadikan ia begitu menarik dan tidak lapuk di telan zaman.
” Apabila anda menonton filem P RamIee, anda sentiasa mahu menonton lagi dan lagi, seperti tidak puas. Tetapi kalau filem lain tidak begitu, sekali sudah cukup,” katanya.
Selain P RamIee, Ahmad Nawab turut bekerjasama dengan Saloma sebelum Biduanita Negara itu berkahwin dengan P RamIee. Malah, dia masih ingat bagaimana bahagianya kedua pasangan ini.
Ahmad Nawab tak akan lupa soalan P. RamIee
Namun hingga kini, Ahmad Nawab masih tidak dapat melupakan satu perkara yang sentiasa membelenggunya iaitu perbualan sebelum kem4tian P RamIee yang berlaku semasa mereka mengadakan persembahan muzik.
P RamIee telah menjemput Ahmad Nawab untuk menonton persembahan muzikal bersamanya dan semasa persembahan tersebut satu soalan keluar dari mulut P RamIee.
Dalam versi temubual di Youtube (vdeo di bawah) menyebut, P. RamIee dan Ahmad Nawab telah mengisi masa lapang di Kampung Baru dan ketika itu P. RamIee meluahkan isi hatinya.
” Awak fikir orang masih ingat kepada saya? Tanya P. RamIee.
” Saya jawab, ‘Mestilah orang akan ingat kerana kamu adalah seorang yang sangat istimewa.’ Sehingga hari ini, saya tak boleh lupa soalan dari dia.
” Tidak akan ada seorang lagi P RamIee,” kata Ahmad Nawab.
” Bakat adalah anugerah Allah, walau orang boleh meniru gayanya, ia tidak akan menjadi sama. Hanya ada satu P RamIee saja,” ujarnya.
” Allah berikan dia semuanya, saya percaya, dia adalah lelaki yang hebat dan sangat berbakat. Sebagai anak Malaysia, kita semua patut bangga kepada P RamIee.
” Dia adalah seorang pelakon, pengarah, komposer dan penyanyi yang hebat. Tiada siapa yang boleh menjadi seperti seniman P RamIee,” akhiri Ahmad Nawab.
Tidak benar P. RamIee makan telur kerana melarat
Menurut Ahmad Nawab, kenyataan rakannya itu hidup meIarat di akhir baki kehidupannya adalah sangat tidak benar.
Ia memandangkan P. RamIee adalah satu-satunya seniman yang menerima gaji bulanan oleh syarikat Shaw Brothers sepanjang kariernya di situ.
Jika penggiat seni yang lain dibayar mengikut filem, P. RamIee pula dibayar secara bulanan, dan bagi setiap filem dihasilkannya, beliau menerima RM25,000. Jumlah itu sangat tinggi ketika tahun 60-an.
Malah rumah yang didiami oleh P. RamIee ketika itu, sewanya dibayar oleh Shaw Brothers melalui Merdeka Studio. Dan Saloma sendiri bekerja sebagai penyanyi di Hotel Embassy di Pulau Pinang, jadi ia adalah mustahil kewangan mereka menjadi begitu teruk.
” Saya mendengar pelbagai cerita P. RamIee jatuh m1skin sehingga hanya terpaksa makan telur.
” Saya langsung tak percaya, kerana saya berkawan rapat dengannya sejak beliau berhijrah ke Kuala Lumpur sehingga menghembuskan nafas terakhir” kata Ahmad Nawab.
Sumber:freemalaysiatoday, iluminasi dan Youtube
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply