“Aku Healing Sampai Pagi”-Penyanyi Ulas Suara Live Sumbang, Tempo Terlalu Laju

Diterbitkan pada tahun lalu, siapa sangka penyanyi lagu Malampagi iaitu Saixse semakin mendapat perhatian ramai pada tahun ini. Dengan tidak semena-mena, lagu catchy berkenaan menjadi trending dan sudah digunakan oleh hampir 80,0000 pengguna di aplikasi TikTok.

Saixse buat kemunculan istimewa di Anugerah FYP MeleTOP

Umpama sebuah rezeki terpijak, populariti artis baru berusia 21 tahun ini turut membuka peluang lebih besar tatkala diundang untuk membuat persembahan khas di Anugerah FYP MeleTOP. Berlangsung pada minggu lalu, Saixse bagaimanapun menerima kecaman teruk setelah suaranya dikritik sebagai sumbang dan kedengaran jauh berbeza dengan versi rakaman.

Memang ada pitching lari, saya akui benda tu…Kita improve labih baik

Bersama temubual dengan pihak mStar sebentar tadi, Saixse mendedahkan rupanya itu adalah pertama kali dia menyanyi secara live. Akui kualiti nyanyiannya sedikit terjejas pada malam tersebut, namun dia mengambil kritikan itu dari sudut positif untuk lebih memperbaiki diri. Jelasnya, dia tidak melakukan sebarang latihan atau raptai persediaan untuk persembahan itu.

Takde rasa apa…Kalau asyik koyak..benda tu tak wujud dalam hidup kita

Tentang aspek penggunaan auto-tune dalam suara rakaman, Saixse menyifatkan penerimaan itu terpulang kepada perspektif setiap individu. Dapat dilihat bagaimana penyanyi baru ini begitu profesional dan tenang berdepan kontroversi tersebut.

sumber: mstar & Kisah Dunla

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*