“Di Mahkamah Kata Tak Mampu N4fkah Anak, Padahal Baru Balik Thai Makan L0bster”

Sejak tularnya video Bosskay melafazkan talak kepada Cik Pia menerusi voice WhatsApp, ramai menyangka dua individu ini tidak lagi mempunyai ikatan sebagai suami isteri. Namun siapa menduga, beberapa hari lalu wanita berkenaan dedahkan rupanya urusan penceraian itu belum menemui titik penamat lantaran tindakan Bosskay yang dikatakan tidak memberikan kerjasama.

Kau cakap dalam mahkamah tak mampu bagi nafkah anak, padahal baru balik Thailand
Kemudian dalam sebuah siaran langsung di TikTok yang dibuat semalam, Cik Pia berkata masalah culas melangsaikan nafkah anaknya juga masih berlarutan. Memberikan alasan tidak mampu ketika berunding dalam perbicaraan mahkamah, Cik Pia bagaimanapun menyelar kata-kata lelaki terbabit.

Makan kat restoran mewah, makan lobster, buat live 1 dunia nampak kau makan lobster
Apa yang mengecewakan Cik Pia selaku ibu kepada 2 anak, Bosskay mendakwa dirinya tidak mampu walhal dia didapati pergi bercuti ke luar negara selain makan hidangan yang mahal-mahal. Menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, Cik Pia berkata bukan mudah untuk membesarkan anak sendiri apatah dia enggan bergantung harap kepada ihsan orang sekeliling.

Sampai bila benda ini hendak didiamkan sahaja? Lelaki ‘berjimba-jimba’…Saya nak tuntut hak anak
Begitu lama tegas memperjuangkan hak anak-anaknya, Cik Pia juga terus mempersoalkan di manakah undang-undang yang menegakkan keadilan buat para isteri yang teraniaya oleh suami-suami sebegini. Dia turut menyeru mana-mana pihak berautoriti untuk membela isu-isu seperti ini.

@nasshopp_

No caption, sakit dadanya boleh rasa smpi ke sini :'( #cikpia #foryoupage

♬ A sad, sad, sentimental ballad(1265603) – ayumu tanahasi

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*