“Alhamdulilah rezeki.. Saya sudah rancang.. Lepas edah nanti saya”.. Puteri Sarah Umum berita gembira lepas Edah nanti..

PUTERI SARAH RANCANG SELESAI EDAH MAHU TUNAI UMRAH LAGI – KALI INI TANPA ANAK-ANAK

“Insya-Allah, selepas selesai edah, saya nak mulakan hidup baharu dan menunaikan umrah. Ya, mungkin ada orang yang akan bercakap, saya dah selalu tunaikan umrah.

“Tetapi, bagi saya, Tanah Suci adalah tempat terbaik untuk saya berdoa, bermuhasabah diri dan memulakan permulaan baharu.”

Demikian kata pelakon Puteri Sarah Liyana yang merancang untuk menunaikan umrah usai edah selepas perceraiannya dengan bekas suami yang juga pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu.

Jelas ibu kepada sepasang cahaya mata ini, rancangan tunai umrah adalah sebagai penanda untuk permulaan baharu kehidupannya.

Menurutnya lagi, pemergiannya ke umrah selepas ini adalah bersama sahabatnya dan tidak ditemani anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

“Saya akan ke sana bersama sahabat saya yang juga ejen umrah dan ziarah. Kali ini, anak-anak tak ikut dan saya nak fokus kepada beribadah,” ujanya.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*