Wany Hasrita Akhirnya Dedah Wajah Anak, Kongsi Pengalaman Pertama Naik ‘Flight’ Dengan Aishah

Selepas hampir empat bulan melahirkan cahaya mata, penyanyi Wany Hasrita akhirnya terbuka berkongsi wajah puteri sulungnya yang diberi nama Aishah Al Iman.

Menerusi video yang dimuat naik di Instastory, Wany memberitahu dia pertama kali membawa Aishah menaiki kapal terbang ke Kuching, Sarawak.

“Semalam, saya balik ke Kuching, berdua saja dengan Aishah naik flight… MasyaAllah, Alhamdulillah Allah mudahkan, memang mencabar. Aishah merengek sikit. Sekarang ini dia tengah testing vokal.

“Terus go high pitch. Alhamdulillah, walaupun sangat mencabar, tapi Allah mudahkan, Alhamdulillah orang sebelah pun sangat membantu, krew penerbangan pun banyak membantu.

“Kita dah la jenis cepat nervous. Alhamdulullah Aishah, kita dah sampai Kuching… sekarang ibu nervous nak bawa Aishah balik KL pula,” kata Wany.

Pada 8 Julai lalu, Wany selamat melahirkan bayi pertama yang diberi nama Aishah Al Iman secara normal pada pukul 7.14 petang

Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengan juruterbang bernama Mohd Al-Adib Fahmi pada 22 Julai 2022.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*