Amar Asyraf Sebak Zizan Masuk Live Beli Baju & Sambal RM1k – ‘Awak Sedekahlah Dekat Sesiapa’

Pelakon Amar Asyraf mengakui tersentuh dan terharu dengan kemurahan hati pelawak terkenal iaitu Zizan Razak yang sudi membeli baju dan sambal yang dijualnya menerusi sesi live di Instagramnya malam tadi. Bukan itu sahaja, Zizan turut meminta Amar menyedekahkan hasil pembeliannya itu kepada orang ramai.

Zizan sedekah baju, sambal

Berdasarkan sesi live yang berlangsung selama satu jam itu memperlihatkan Amar Asyraf berusaha mempromosikan baju jualannya dengan memberikan kod kepada penonton. Pada 15 minit terawal, Amar memaklumkan tiada seorang pun yang membeli baju tersebut akan tetapi dia tidak mudah berputus asa dan tetap mempromosikan barang jualannya itu.

Namun siapa sangka, tidak lama selepas itu, pelawak terkenal iaitu Zizan Razak telah membeli baju daripada Amar dengan jumlah keseluruhan berharga RM500. Bukan itu sahaja, Zizan turut menambah RM500 lagi dengan membeli sambal yang dijual Amar. Zizan meminta baju dan sambal yang dibelinya itu disedekahkan kepada orang ramai.

“Cer tengok baju. Saya nak beli lah. Saya nak beli dalam RM500 lepas tu awak sedekahlah dekat sesiapa. Nanti saya DM nombor saya, awak bagi nombor akaun. Then sedekah dekat sesiapa.

Saya masuk RM1000, RM500 untuk baju, RM500 untuk sambal.”

Johan Arrif borong RM200

Bukan itu sahaja, pelakon Johan Arrif juga telah membeli baju daripada Amar dengan harga RM200. Dalam kesempatan itu, Amar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Zizan dan Johan kerana bermurah hati membeli baju dan sambal jualannya untuk disedekahkan kepada orang ramai.

“Allahuakhbar. Hari ni Allah hantar @zizanrazak869 untuk saya. kemudian @johanarrif_asari tolong saya.

tadi saya nampak seorang lagi saudara saya @zahiriladzim jugak.Terima Kasih Jugak pada ramai lagi yang beli untuk sedekah baju pada viewers. Saya tak tahu nak cakap macam mana. kalau ada rakan rakan terdekat saya tak perasan tadi saya minta maaf. terima kasih tolong saya. Betapa jasa tuan puan Allah sahaja yang dapat balas.”

Sumber: Amar Asyraf

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*