Anak-Anak Tak Tonton Lakonan, Isteri Dedah Bell Ngasri Garang Di Rumah

Setiap manusia mempunyai perwatakan yang berbeza mengikut situasi yang bersesuaian. Adakalanya kita boleh bergelak tawa, adakalanya kita perlu bersikap serius walaupun secara luarannya orang lain menganggap kita seorang yang ceria sepanjang masa. Begitulah lumrah kehidupan sang juara ABPBH yang ke-35, Bell Ngasri.

Seorang ketua keluarga yang tegas

Seperti yang diketahui umum, Bell Ngasri adalah seorang pelakon, pelawak dan pengacara yang berperwatakan kelakar dalam drama dan filem lakonannya. Namun, ramai yang tidak jangka beliau adalah seorang bapa yang garang dan sangat tegas jika di rumah. Hal ini didedahkan oleh isteri beliau sendiri, Nur Farhana Mahamad Fauri.

Anak-anak tidak menonton lakonan Bell

Menurut ibu kepada 3 orang cahaya mata ini, anak-anak sedar akan sikap bapa mereka di rumah yang garang dan juga tegas. Mereka juga tidak menonton lakonan Bell di kaca TV dan menyifatkan perbualan pelawak itu bersama dengan anak-anak adalah lebih bersikap serius.

Sesekali melawak, anak-anak jadi keliru

Rentetan dari kemenangan Bell di Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-35 baru-baru ini, Farhana setia menemani suaminya di sisi pada anugerah berprestij itu. Penulis skrip drama tempatan ini juga ada menyatakan adakalanya apabila Bell cuba bergurau dan melawak bersama anak-anak mereka jadi keliru sama ada Bell sedang serius atau sebaliknya.

sumber: kisahdunia

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*