“Mama demam panas lepas tu..” Anak dedah keadaan terkini lepas, Netizen pakat b0ikot kak KM

Baru-baru ini, usahawan sensasi Kak KM atau nama sebenar, Liana Rosli dikecam susulan tindakannya mempercayai manfaat dan kebaikan Feng Shui untuk lokasi kediaman.

Tidak hanya berdiam diri, menerusi perkongsian di Instagram, Kak KM mempertahankan diri dengan menjawab kembali kritikan netizen.

Sementara itu, anak perempuan Kak KM iaitu Bella dilihat ada mendedahkan perbualan bersama ibunya di WhatsApp di aplikasi TikTok.

Menerusi mesej berkenaan, Kak KM meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila mendakwa dirinya telah difitnah oleh netizen.

@smexyshawty

mak aku mmg taknak buat penerangan, itu keputusan & hak dia. tapi aku anak takkan diam kalau org buat mak aku. aku harap babi2 yg memfitnah & menganiaya mak aku ni akan dapat musibah yg sgt teruk. amin ya rabb.

♬ original sound – bukan bella – bukan bella

“Mama kena fitnah. Dia kata kalau kau nak kaya, kau kena solat subuh kemudian solat dhuha kalau nak kaya. Lepas itu mama tanya dia balik, ‘Benda itu kau tak payah ajar aku sebab aku sembahyang memang tak tunjuk. Tapi aku nak tau juga, kau dah buat, dah kaya ke belum? Jangan nak ajar orang.’

“Dia pusing cakap mama kata siapa buat solat dua rakaat itu tak kaya pun. Baik ikut cara feng sui, cara cina,” katanya.

Menurut Kak KM lagi, susulan kecaman diterimanya dia menangis kerana tidak dapat menahan dengan fintnah berkenaan sehingga mengalami demam.

“Susulan ‘serangan’ bertubi yang diterima, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli terus menerus menangis sehinggakan demam.

“Apa tu kak? Mama betul tak boleh terima benda ini. Mama demam terus, nangis daripada pagi tak boleh tahan la. Fitnah ini dasyat la penangan dia,” katanya.

Menerusi entri itu, Bella berkata ibunya enggan memberi penjelasan bagaimanapun dia sebagai anak tidak hanya akan berdiam diri.

“Mak aku memang tak nak buat penerangan, itu keputusan dan hak dia. Tapi aku anak takkan diam kalau orang buat mak aku. Aku harap bab* yang memfitnah dan mengniaya mak aku ini akan dapat musibah yang sangat teruk. Amin,” tulisnya.

Terdahulu, Kak KM berkata netizen yang mengkritiknya itu mempunyai penyakit iri hati serta cemburu apabila melihat kejayaan orang lain.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*