“Ibu.. mana Daddy..?”- Baru shari cerai, Tak sngka ini jawapn Bella slepas anak mula mncari Aliff

Anak-anak tak tahu, Bella hanya mampu menangis

Pelakon Bella Astillah memaklumkan kedua-dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna masih lagi tidak mengerti mengenai kisah perceraian yang sedang dialaminya bersama suami, Aliff Aziz.

Ujar Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, merek berdua masih kecil untuk memahami apa yang terjadi antara ibu dan ayah mereka.

Mereka (anak-anak) tidak tahu apa-apa tentang ini (cerai). Sebab kalau mereka tanya saya akan jawab daddy (Aliff) kerja.
Saya akan ceritakan pada mereka nanti, cuma sekarang belum masanya. Lagi pun Ara baru empat tahun dan Ayden pula baru dua hari mula persekolahan.

Bella berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, hari ini bagi prosiding pertama sebutan kes perceraian.

Bella juga dilihat tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata apa ditanya mengenai anak-anaknya.

Manakala aktor Aliff Aziz dilaporkan tidak hadir bagi urusan kes kerana alasan terlibat dalam penggambaran.

Ketika ditanyakan sama ada masih ada sinar untuk dia kembali bersama Aliff, Bella hanya menjawab ‘no komen’.

Anak-anak tak tahu, Bella hanya mampu menangis

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*