“Sy benci dia, tiba2 dia nak..”- Baru 2 bulan khwin, Isteri tiba2 dedah perangai sebenar ‘Shashic’

SEBULAN mendirikan rumah tangga, pelawak Shashic Iewan banyak perubahan berlaku pada dirinya sejak bergelar suami kepada Filzah Awok.

Tidak hanya itu, Shashic atau Muhammad Noor Shashic Iewan, 32, memberitahu dia semakin memahami sikap dan personaliti isterinya meskipun sudah mengenali sejak tujuh tahun lalu.

“Alhamdulillah bila sudah berkahwin, kita dapat kenali hati budi pasangan dengan lebih baik.

“Awal-awal kahwin terkejut juga bila bangun tidur, ada perempuan dekat sebelah tapi Alhamdulillah kami sedang melalui fasa manis sebagai suami isteri dan mengenali diri masing-masing dengan lebih baik,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shashic memberitahu rezeki dalam bidang seni juga semakin murah selepas mereka berkahwin malah banyak tawaran datang buat mereka berdua.

“Rezeki selepas berkahwin Alhamdulillah sebab ramai bagi tawaran kerja dan kebanyakannya daripada produksi Astro.

“Untuk perancangan anak pula, saya tak kisah pun… Kalau diberi rezeki awal, Alhamdulillah,” katanya.

Kuala Lumpur: Pelawak Shashic Iewan, 32, bersyukur selamat bernikah dengan sekali lafaz bersama cinta hatinya juga pelawak Filzah Azmi, 33, hari ini.

Shashic atau nama sebenarnya Muhammad Noor Shashic Iewan berkata mereka sudah lama menjalin hubungan dan akhirnya ke jenjang pelamin.

“Hubungan kami sebenarnya sudah lebih tujuh tahun. Bahkan sebelum jadi pelawak lagi pun,” katanya.

Pasangan terbabit dinikahkan bapa pengantin perempuan iaitu Azmi Ghazli disaksikan Penolong Pendaftar Pernikahan Titiwangsa, Kuala Lumpur, Mohd Fauzi Bashah.

Diadakan di Doplohtiga Space Kuala Lumpur Shashic menyerahkan mas kahwin sebanyak RM100 berserta lima dulang hantaran. Filzah membalas tujuh dulang hantaran kepada pengantin lelaki.

Diraikan keluarga kedua-dua belah pihak, upacara pernikahan turut dihadiri rakan-rakan pelawak berkenaan.

Filzah yang juga seorang pelawak dan anggota kumpulan Awok berkata kerana gagaplah dia tertarik kepada Shashic dan berharap perkahwinan mereka berkekalan.

“Saya bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar. Sebagaimana pasangan lain, saya berharap perkahwinan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Terdahulu, Shashic dan Filzah sudah mengikat tali pertunangan pada tahun lalu.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.