
Begitu sedih perasaan isteri apabila mesej dihantar kepada suami tidak akan dibalas kerana sudah meninggal dunia.
Itulah perasaan yang terpaksa dihadapi oleh isteri kepada salah seorang mangsa pesawat terhempas, Heikal Aras selepas mesejnya di Whatsapp hanya mendapat satu ‘tick’.
Menerusi perkongsian di TkTok, tangkap layar mempamerkan mesej itu di mana dia menghantar pautan berita nahas tersebut.
Niatnya mahu memeriksa keadaan si suami namun tanpa disangka rupanya lelaki itu merupakan salah seorang individu yang berada di dalam pesawat terhempas berkenaan.
Ada ‘air crash’ dekat Elmina. You okay?” Menerusi hantaran itu juga, dia turut memuatkan foto-foto suaminya bersama anak-anak dan kariernya sebagai seorang juruterbang.
Awak tidak mati, awak hanya terbang lebih tinggi. Tetapi anak-anak sangat rindukan awak.”
Ramai warganet mengucapkan takziah kepadanya dan mendoakan mereka sekeluarga kuat untuk menghadapi ujian berat ini.
Sumber : Beautifulnra
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply