[video] Reaksi Kakak lbu zayn jadi prhatian, Ini kata2 beliau buat netlzen

“InsyaAllah kami semua kuat,” kata Zahari Mohd Reba, 56, datuk kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang disyaki dibunuh pada Disember tahun lalu.

Dia ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini, hari ini, selepas dimaklumkan mengenai polis membawa ibu Zayn Rayyan untuk merekod pengakuan bersalah wanita itu di hadapan majistret.

“Alhamdulillah, lega (prosiding rekod keterangan) hari ini dah selesai. Kami akan datang ke mahkamah lagi esok (tamat reman).

“Saya tidak mahu beri sebarang kenyataan, dah menyerahkan semuanya kepada peguam,” katanya.

Hari ini, polis membawa ibu Zayn Rayyan ke Mahkamah Majistret di sini dipercayai untuk merekod pengakuan bersalah wanita itu mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Bagaimanapun, perkara itu dibantah kedua-dua peguam yang mewakili pasangan suami isteri itu.

Sementara itu, kakak kepada ibu Zayn Rayyan yang enggan dikenali berkata, keluarganya mengharapkan ada berita gembira berhubung kes dihadapi adik perempuannya.

Wanita berusia 42 tahun itu berkata, dia hadir ke mahkamah bagi memberikan sokongan kepada adik bongsu daripada tujuh beradik itu.

“Harapan untuk esok kita sama-sama tunggulah (dituduh atau dilepaskan). Alhamdulillah (tiada pengakuan) untuk (prosiding rakam keterangan) hari ini,” katanya.

Terdahulu, ibu kepada Zayn Rayyan yang direman sejak 1 Jun lalu bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autistik itu dibawa ke Kompleks Mahkamah di sini, untuk direkod keterangan.

Wanita berusia 29 tahun berkenaan yang dikawal ketat polis tiba di mahkamah pada jam 10.30 pagi dan dilihat meninggalkan lobi mahkamah dua jam kemudian.

Puluhan pengamal media yang hadir tidak dibenarkan mengikuti prosiding, sebaliknya hanya boleh membuat liputan perkembangan kes terbabit di lobi mahkamah.

Sebelum ini, polis menyambung reman ibu bapa kepada kanak-kanak autisme terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.

Pasangan suami isteri itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan di sekitar Puncak Alam, 31 Mei lalu.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira 10 malam.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*