Kerja seorang jurusolek perkahwinan mungkin nampak senang di mata masyarakat. Hakikat, pelbagai cabaran boleh dihadapi mereka baik sebelum, semasa atau selepas servis dijalankan. Persis kejadian yang dialami seorang MUA ini, dia berkongsikan kisah bagaimana dirinya berdepan dengan sikap cerewet keluarga pengantin.
Maafkan Akak Dik yang tak mampu buat awak secantik & sehalus permintaan keluarga
Dengan tema baju berwarna biru, hasil air tangan wanita berkenaan berjaya menaikkan kemanisan seri wajah pengantin tanpa menggunakan aplikasi solekan yang terlampau berlebihan. Namun siapa sangka di mata ibu-ibu saudaranya, solekan itu dianggap tidak memuaskan hati kerana muka mempelai masih nampak sama.
Separuh lagi bayaran sengaja ditahan kerana merasa makeup tidak buat wajah berubah
Di sebalik video yang dirakam, terdengar riuh rendah suara ibu saudaranya yang berkata berulang kali bahawa muka pengantin tidak mengalami sebarang perubahan. Akibat ketidakpuashatian itu, mereka juga berkeras enggan melunaskan separuh lagi bayaran yang seharusnya diterima oleh MUA ini.
@emjhielala_official Sisa pembayaran separo lagi.. yg sengaja d tahan karna merasa make up tidak membuat berubah, mungkin sudah kami iklaskan.. Maafkan kakak dek.. Yang tidak bisa membuat mu berubah.. Seperti secantik dan sehalus permintaan keluarga muππ»ππ»ππ» Ilmu make up kk, masih belum seberapa.. Di banding kan dengan ilmu make up tante2 mu.. Sekali lagi maafkan kkππ»ππ»ππ» Terimakasih Orang orang baikππ»ππ»ππ» Kami sengaja posting vidoe tanpa editan sama sekaliβ¦ππ»ππ»
Bukan sekali, malahan hasil solekan untuk busana kedua turut dikritik oleh mereka.
Kalau nak berubah 100% suruh anak makcik jadi power rangers
Sejak dikongsikan ke TikTok, rakaman itu sudah meraih lebih 900 ribu jumlah tontonan daripada orang ramai. Rata-rata netizen memuji hasil solekan MUA berkenaan yang cukup cantik.
KREDIT : TikTok MUA GEMOY
Leave a Reply