Kaitkan anak hebat bersukan macam legenda JDT, Rita Rudaini bagi ayat setepek

“Siapa anak legenda JDT itu?”

Pelakon Rita Rudaini berang apabila kejayaan anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin, 15, yang telah memecahkan beberapa rekod Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024 baru-baru ini dikaitkan dengan bekas suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak.

‘Siapa anak legenda JDT itu?

Apa yang membuatkan amarah aktres berusia 48 itu meledak apabila sebuah portal melabelkan pemain bola sepak itu sebagai ‘legenda’ kelab bola sepak ternama tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Siapa legenda JDT itu? Celah mana? Apa kaitan degan anak yang aku jaga.
“Saja nak viral cara jahat. Aku penat bela sejak kecil, tiba tajuk (berita): ‘anak legenda JDT’. Kepala hatok hang,” luahnya menerusi Instagram Story.

Terdahulu, sebuah portal membuat berita dengan menggunakan tajuk ‘Detik jadi pemisah, anak legenda JDT terkandas di separuh akhir MSSS 2024’.

Menurut laporan, Airit Rayyan Rizqin tidak berhasil meneruskan perjuangannya dalam acara 100 meter (m) kategori L4 di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024 apabila gagal melayakkan diri di pusingan kelayakan pada Isnin.

Sebelum ini, anak sulung pelakon filem Mami Jarum itu meraih pujian ramai apabila bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, dia juga hebat dalam bidang sukan apabila memecahkan rekod acara balapan Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam 2024.

Airit berjaya memecahkan rekod acara 100 meter (m) kejohanan tersebut yang berusia 20 tahun itu dengan catatan masa 11.44 saat (s).

Sekadar info, Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008 namun berpisah pada September 2013.

Sumber: Instagram Rita Rudaini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*