Nama pelakon Azar Azmi sekali lagi menjadi sebutan ramai selepas dirinya lenyap dari industri seni lakonan tanah air tanpa jejak, sejak tahun lalu.
Kehilangan susuk tubuh pelakon yang pernah membintangi drama Maaf Tak Indah itu turut membangkitkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat industri tempatan.
Berdasarkan tinjauan XTRA, kali terakhir Azar memuat naik perkongsian di Instagram miliknya, pada 6 May 2022.
Bahkan, kali terakhir aktres itu menghiasi kaca televisyen menerusi drama-drama tempatan pada tahun 2021.
Sementara itu, tular sebuah perkongsian di TikTok yang dipercayai dimuat naik oleh peminatnya yang mendoakan kesejahteraan pelakon tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya turut meluahkan rasa rindu untuk melihat hasil karya lakonan Azar.
Lebih mencuri perhatian, terdapat seorang individu yang mendakwa dirinya adalah jiran kepada Azar menyatakan pelakon itu kini sedang sibuk uruskan perniagaannya dan sudah bersara dari dunia lakonan.
Sumber XTRA
Leave a Reply