Alhamdulillah Penyanyi Azmi Caliph Buskers & lsteri Selamat Timang Anak Perempuan

Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad selamat menimang cahaya mata yang dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan, kira-kira jam 3.28 petang tadi.

Menerusi hantaran dimuatnaik dalam Facebook, penyanyi lagu Hanya Namamu ini meluahkan rasa syukur kerana isteri dan bayi perempuan yang diberi nama Khalisa Insyirah berada dalam keadaan stabil.

“Alhamdulillah. Pukul 3.28 petang isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kami.

“Baby dan ibu, kedua-duanya sihat. Semuanya dipermudahkan Allah.

Baby gebu. Beratnya 3.62 kilogram.

“Moga Khalisa Insyirah Khairul Azmi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

“Terima kasih kalian yang tak jemu mendoakan kebahagiaan kami,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut dan rakan selebriti teruja dengan berita dikongsi Azmi, sambil mengucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri itu.

Terdahulu, Azmi turut memuat naik hantaran memaklumkan Nazira bakal menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kedua mereka itu dan memohon doa semua pihak supaya prosedur itu selamat dan berjalan lancar.

Pada September 2021, pasangan terbabit diuji apabila bayi lelaki sulung mereka, Khairul Afnan meninggal dunia selepas tiga hari dilahirkan.

Penyanyi juga vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat, 36, selamat menimang cahaya mata kedua, bayi perempuan yang dinamakan Khalisa Insyirah Khairul Azmi pada jam 3.28 petang dan dilahirkan secara pembedahan.

Azmi berkata, dia amat bersyukur kepada Allah kerana mempermudahkan proses kelahiran cahaya matanya bersama isteri tercinta, Nazira Muhammad yang ditunggu dengan penuh kesabaran dan doa tidak putus-putus selama ini.

“Alhamdulillah, syukur isteri saya, Nazira selamat bersalin anak perempuan kami yang diberi nama Khalisa Insyirah Khairul Azmi dengan berat 3.62 kilogram (Kg) pada jam 3.28 petang tadi.

“Ibu dan bayi, dua-dua dalam keadaan baik. Alhamdulillah ‘baby’ gebu dan semoga membesar dengan sihat serta menjadi anak yang solehah,” katanya kepada Harian Metro menerusi kiriman WhatsApp.

Dalam meraikan kegembiraan itu, Azmi turut mengucapkan terima kasih pada semua yang mendoakannya dan isteri agar dikurniakan rezeki menimang cahaya mata oleh Allah selepas kehilangan anak sulung, Allahyarham Khairul Afnan, dua tahun lalu.

“Sejujurnya, sebelum isteri nak menjalani pembedahan melahirkan anak kami tadi, saya agak risau. Bagaimanapun, apabila semuanya sudah selesai, rasa lega sangat dan amat bersyukur kerana Allah beri lagi peluang untuk kami mempunyai zuriat.

“Alhamdulillah, nama ‘baby’ isteri yang pilih. Malah, sejak setahun lepas kami dah cari nama Khalisa Insyirah ini yang maknanya, Insya Allah cukup baik. Khalisa bermaksud suci atau murni, manakala Insyirah membawa makna ketenangan,” katanya.

Terdahulu, Azmi dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 2011 dan selepas 10 tahun sabar menunggu zuriat, mereka dikurniakan anak sulung lelaki, Allahyarham Khairul Afnan yang lahir pada 27 September 2021 dan meninggal dunia pada 30 September 2021 kerana kegagalan fungsi otak.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.