‘Dia Macam Balas Dend4m’ – Azwan Ali Seb4k Rambut Ditarik Bagai Nak G1L4, Nekad Mahu S4man M4lu Aliff Syukri RM100 Juta

Baru-baru ini, tul4r video memaparkan usahawan k0ntr0versi, Datuk Seri Aliff Syukri yang menarik rambut serta mengheret selebriti sensasi, Azwan Ali di atas pentas sehingga mendatangkan kecaman dari wargamaya di media sosial.

Diva AA nak saman RM100 juta

Terbaharu, Azwan Ali yang mesra disapa Diva AA tampil mendedahkan bahawa dirinya akan mengambil tindakan saman malu ke atas Aliff sebanyak RM100 juta.

Dah pun tul4r ya berita mengenai saya akan saman malu Datuk Seri Aliff Syukri sebanyak RM100 juta, no joke.

Lantak koranglah kalau ingat berlak0n ke apa ke kan? Saya tetap akan saman sebab dah viral video dia tarik rambut saya.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi X, Diva AA berpendapat tindakan yang dilakukan Aliff itu sungguh memalukan dirinya memandangkan kejadian tersebut berlaku di hadapan khalayak ramai.

Dia tarik tu all out ya dan memang sakit sewaktu pementasan di Singapura. Saya akan dakwa di mahkamah sebab dia buat tu macam nak balas dendam.

Dia bagi alasan ni rambut palsu. Rambut palsu ke apa ke kau buta ke? Mustahil tak nampak rambut ni original.

Dia tarik tu memang sakit, siap seret saya lagi. Nampak sangat macam ada penganiayaan.

Pengacara berusia 57 tahun itu dilihat menitiskan air mata mengenangkan kejadian tersebut.

Terdahulu, Aliff Syukri dikecam hebat selepas menarik rambut serta mengheret Diva AA sewaktu berada di atas pentas bagi menjayakan sebuah program di Singapura.

VIDEO

@divaazwanaliofficial

#fyppp #okletsgosg 🤨🤨🤨🤨🤨

♬ original sound – Diva AA Tersohor – Diva AA Tersohor

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*