Badan Penuh Tanda Lahir, Gadis Tak Direstui Bakal Mentua, Risau Keturunan Rosak

Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Andai kata kita melihat seseorang punyai kekurangan dari segi luaran atau fizikal sekalipun, ia bukanlah ‘tiket’ untuk memandang rendah apalagi menghina tuan badan.

Sejak lahir sudah punyai banyak tanda lahir sekitar badan

Namun bagi seorang gadis bernama Sabrina Fellani ini, hidupnya sejak kecil penuh dengan ranjau hanya kerana dia memiliki tanda lahir yang cukup banyak di wajah dan seluruh badannya. Kata Sabrina, keadaan itu sudah didiagnosis oleh doktor sejak dia berada dalam kandungan ibunya lagi.

Guru sendiri tidak sokong minat Sabrina dalam pembelajaran

Selain tidak punyai banyak kawan sepanjang membesar, dugaan terberat yang dialami oleh Sabrina adalah impiannya pernah dipatahkan oleh gurunya sendiri. Meskipun dia bercita-cita menyambung pelajaran dalam bidang kulinari, pendidik itu menzahirkan rasa khuatir takut-takut tiada pihak restoran yang mahu mengambilnya sebagai pelajar pelatih bagi tujuan latihan industri nanti. Justeru dia dicadangkan untuk mengambil kursus lain sahaja.

Doktor kata ini cuma tanda lahir biasa, bukan sebab genetik…Mama & adik pun tiada

Lebih memeritkan, Sabrina pernah ditolak oleh bakal mentuanya sendiri kerana memiliki kelainan sebegitu. Di kala teman lelakinya boleh menerima keadaan itu dengan ikhlas, pihak keluarga pula membantah dengan alasan khuatir keturunan mereka akan ‘rosak’. Walhal tegas wanita ini, tompokan hitam cumalah tanda lahir biasa dan ia tidak akan menjejaskan genetik anak. Dahulu datuknya pernah tawarkan untuk menaja kos operation, namun dia menolak dan pilih untuk meraikan anugerah Allah ini dengan cukup positif.

Sumber: kisahdunia

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*