PENYANYI Noh Salleh mengharapkan mendapat satu penyelesaian yang baik berhubung kes penjagaan anak angkatnya bersama bersama bekas isteri Mizz Nina.
Noh atau Mohammad Noh Salleh, 39, memamklumkan perkara itu ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada jam 8.50 pagi tadi.
“Insya-Allah, saya mendoakan penyelesaian yang baik,” katanya kepada mStar.
Noh sebelum ini memohon maaf atas isu mendedahkan wajah anak.
Noh hadir ke mahkamah bagi prosiding Sulh yang difailkan oleh Shazrina Azman, 44, bagi hak penjagaan anak angkatnya, Musa.
Noh hadir ditemani dua orang pengawal peribadinya.
Sementara itu, menurut peguam iaitu Mahmud Abdul Jumaat yang mewakili Mizz Nina, anak guamnya itu tidak hadir.
Sebaliknya Mizz Nina diwakili oleh suaminya, Essam Muhammad.
Sebelum itu, Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan pihaknya.
Jelas Nina, ia memberikan kesan emosi kerana tidak pernah berjauhan dengan Musa selama itu.
Kejadian tersebut berlaku pada 19 Disember tahun lalu, ketika dia dalam penerbangan menuju ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.
Leave a Reply