Faye Kusairi Sedih Ramai Tak Dapat Rasa Nasi Ayam – ‘Minta Maaf Pada Yang Tak Dapat Beli’

Baru-baru ini pelakon Faye Kusairi memaklumkan dirinya begitu seronok memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual nasi ayam di kaki jalan terletak di Bukit Antarabangsa.

Sedih ramai tak dapat beli

Terbaharu, pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku’ itu meluahkan kekecewaannya selepas tidak dapat memenuhi permintaan pelanggannya yang beratur lama untuk membeli nasi ayam jualannya namun terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Assalamualaikum semua, saya rasa sedih hari ini sebab jualan saya habis awal, minta maaf pada yang datang tapi tak sempat nak beli untuk merasa.

Saya minta maaf sangat-sangat kalau ada yang kecewa, lain kali saya buat lebih banyak, terima kasih kepada yang setia membeli setiap hari.

Tambah Faye lagi, dia menangis bukanlah kerana ingin meraih simpati tetapi lebih kepada rasa bersalah selepas tidak dapat memuaskan hati para pelanggannya.

Saya menangis bukan untuk meminta belas kasihan tetapi saya kecewa tak dapat memuaskan hati semua orang.

Ramai orang beratur tapi tak dapat, ada seorang pakcik ni sampai dua kali datang untuk mencuba nasi ayam saya.

Terdahulu, Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi memaklumkan dirinya kini menjual nasi ayam di kaki jalan selepas sekian lama mendiamkan diri dalam dunia lakonan.

Video

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*