Bayar RM2 Dapat Nasi Putih, Seketul Ayam Goreng Saiz Ibu Jari! Netizen Sedih Tengok Menu Kantin Sekolah – “Tak Sampai Hati Hidang Macam Tu”

Menu yang berkhasiat dengan gizi seimbang merupakan syarat yang dikenakan untuk penjualan makanan di kantin sek0lah.

Alangkah bahagianya ibu bapa jika melihat makanan yang bersusun di kaunter kantin sekolah anak-anak mereka adalah hidangan yang bukan sahaja menyihatkan malah menyelerakan.

Namun satu perk0ngsian yang tular baru-baru memaparkan hidangan di kantin sebuah sekolah, mengundang perhatian warga maya.

“Sek0lah kebangsaan, RM2 nasi dengan ayam sebesar itu. Anda nilaikanlah,” demikian kapsyen yang ditulis dalam hantaran yang dikongsikan di sebuah grup Faceb00k.

Turut dimuat naik adalah sekeping gambar di kantin sekolah tersebut, di mana kelihatan antara menu yang dijual adalah sepinggan nasi putih bersama seketul ayam g0reng bersaiz kecil.

Se0rang netizen membuat perbandingan menu yang dihidangkan di sek0lah anaknya yang berharga RM2.50. -Gambar Faceb00k

Menurut l0kasi di dalam hantaran berkenaan, sek0lah tersebut dipercayai terletak di Tapah, Perak.

Tidak dapat dipastikan identiti individu yang merakam gambar tersebut namun berkemungkinan ibu bapa kepada pelajar di sek0lah berkenaan.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya.

Segelintir daripada mereka berpandangan harga yang dikenakan untuk hidangan tersebut adalah berpatutan.

“Nasi seriinggit (RM1), Ayam seringgit. Dekat mana mahal dia? Kalau rasa mahal bekalkan anak makanan dari rumah.

“Kalau RM2 dia kata mahal? Sepatutnya kena jual berapa? Nak tahu juga.

“Berniagalah dulu baru tahu berapa k0s bah4n ment4h yang diperlukan,” demikian antara k0men netizen.

Kalau aku yang niaga, tak sampai hati nak hidang makanan macam tu. Kalau adah habis bajet pun buatlah nasi goreng.

Dalam pada itu, ada yang mencadangkan supaya ibu bapa menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak sekiranya tidak berpuas hati dengan harga ataupun penyediaan makanan di kantin.

“Zaman sekarang seeloknya bawak bekal je dari rumah. Kalau dulu 60 sen sepinggan makan dekat sekolah pun dah kenyang tapi sekarang hurmmm.

“Bangun awal pagi, siapkan bekal anak-anak. Kalau anak-anak ramai bersek0lah, lebih jimat masak sendiri,” komen mereka.

Namun ada yang berpandangan, lsu yang mahu diketengahkan bukanlah s0al harga makanan, sebaliknya cara penyediaan oleh p1hak kantin yang terlalu menyedihkan.

Antara k0men netizen terhadap perk0ngsian berkenaan.

“Kalau aku yang niaga, tak sampai hati nak hidang makanan macam tu. Kalau adah habis bajet pun buatlah nasi goreng, rencah isi ayam bagilah se0rang sikit… janji murid kenyang.

“Beli dekat luar bagi anak bawa ke sekolah lagi berbal0i. Jauh lebih sedap, harga pun berpatutan di luar.

“Aku tak kata mahal. Cuma aku rasa kecil sangat ayamnya. Kesian budak-budak. Kalau ini lauk untuk budak Rancangan Makanan Tambahan (RMT) lagilah kesian,” demikian komen netizen.

sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.