Di mata peminat, penyanyi Mila Jirin dilihat sebagai seorang usahawanita berjaya dalam perniagaannya iaitu Bizzmila tanpa mengetahui sebenarnya terpaksa melalui jalan sukar dan penuh berliku.
Mengimbau kepayahan mencipta empayar, Mila atau Norsyarmilla Jirin, 37, pernah dipandang serong ketika bertemu seorang pegawai bank untuk membuat pinjaman sebanyak RM100,000.
Kongsi Mila, individu berkenaan memberitahunya dia tidak boleh akan berjaya memandangkan perniagaan diceburinya iaitu berkaitan katering dan pengurusan perkahwinan adalah kelas ketiga.
” Saya ingat sampai sekarang, 14 tahun lalu lepas jumpa seorang pegawai bank untuk buat pinjaman RM100,000 dia cakap perniagaan saya ini adalah kelas ketiga, tidak boleh berjaya.
” Saya menangis dalam kereta selepas jumpa dia namun suami cakap dia bukan Tuhan untuk berkata begitu dan kami teruskan usaha,” katanya.
Mila berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Sabtu.
Tidak pernah patah semangat dek pandangan negatif sebegitu, Mila membuktikan dia kini seorang usahawan berjaya menerusi syarikat Bizmilla miliknya.
Malah dia juga berbangga kerana dapat berkongsi rezeki dengan ramai pekerja yang berkhidmat di bawahnya dan pendapatan syarikatnya sudah mencecah RM50 juta setahun.
” Orang-orang yang Allah hantar untuk uji kita, tetapi saya dan suami tidak patah semangat. Malah yakin dengan perancangan Allah.
” Hari ini pendapatan Bizmilla hampir RM50 juta setahun dan 18 dewan jamuan.
” Perniagaan saya beri manfaat kepada 250 orang pasukan dengan caruman skim simpanan wang pekerja (KWSP) lebih RM600,000 sebulan,” jelasnya.
Sementara itu dalam satu temu bual sebelum ini Mila juga memberitahu dia amat merindui untuk terus aktif dalam bidang nyanyian selepas sekian lama tidak tampil dengan lagu baharu.
” Rindu nak menyanyi. Sebelum ini saya fokus kepada perniagaan dan anak pun masih kecil.
” Cuma sekarang ini suami masih belum izinkan. Saya dalam proses untuk cuba memujuk dia,” jelasnya.
Biodata Mila Jirin
Mila dilahirkan pada 23 Disember 1987, beliau merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim kelima.
Dibesarkan di Pulau Pinang, Mila mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Air Hitam, Pulau Pinang.
Beliau adalah salah seorang pelajar yang berjaya menuju peringkat akhir untuk musim kelima bersama Ebi, Aswad, Heliza, dan Candy.
Pada 19 Mei 2007, beliau telah dinobatkan selaku juara Akademi Fantasia Musim 5 sekaligus memecah tradisi juara AF yang sering didominasi penuh oleh kaum lelaki iaitu Vince, Zahid, Mawi, dan Faizal juga menjadi pelajar wanita pertama menjadi juara AF.
Beliau menjadi wakil utama Pulau Pinang yang berjaya melangkah ke konsert akhir disebabkan tiada seorang pelajar dari Pulau Pinang yang pernah berjaya melangkah ke konsert Akhir untuk musim-musim Akademi Fantasia yang lalu lagi. Wakil itu diikuti oleh Aswad.
Dia turut mengusahakan produk kecantikan, LuvMILA yang diselenggara LuvMILA Corporation Sdn Bhd
Berikut antara pencapaian dan anugerah yang pernah diraih oleh Mila.
- Juara Akademi Fantasia Musim Ke 5
- Anugerah ERA 2007
Kategori Artis Harapan Pilihan : Pemenang
Kategori Lagu Pop Pilihan ~ Persis Mutiara : Pemenang - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007
Kategori Artis Baru Wanita Popular : Pemenang
Kategori Penyanyi Wanita Popular : Tersenarai 5 teratas - Nominasi Anugerah Planet Muzik 2008 :
Kategori Artis Baru Terbaik (Wanita) : Tersenarai 5 teratas
Artis Wanita Paling Popular : Tersenarai 12 teratas - Festival Muzik Pop Peringkat Antarabangsa XVII 2008 di Bulgaria :
Kategori Lagu Terbaik – Ilham dimatamu oleh Mila, komposer oleh Ajai dan Loloq : Juara
Kategori Anugerah Istimiewa oleh Komuniti Penganjur : “Most Talented Young Artist”
Kategori Miss Tourism Bulgaria Award Mila – Malaysiav
Sumber: mstar
Leave a Reply