“Bukan Saya Sahaja Dan Banyak Lagi Wanita Yang Dia Aniaya” – Bekas Kekasih Influencer ‘Tebuk Quran’

Sebelum ini, kami di Ohmedia ada kongsikan pendedahan seorang wanita yang mendakwa dirinya bekas kekasih kepada seorang influencer yang cukup terkenal dengan kontent ‘tebuk Quran’.

Pihak mStar bagaimanapun berjaya mendapatkan respon wanita terbabit yang dikenali sebagai Atyka. Dalam temu bual itu, Atyka memaklumkan dia tidak mempunyai niat untuk membuka aib tetapi usaha untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik gagal kerana nombor kena block.

Atyka akui tak pernah jumpa dengan keluarganya…
Sepanjang kenal tak pernah berhubung dengan keluarga dia atau kenal dengan keluarga dia. Pernah tanya bila nak bawa kenal family tetapi dia kata nanti.

Saya bukan nak berdendam tapi saya nak bagi pengajaran dekat dia sebab mak dia bercakap keturunan. Kalau mak dia nak tahu apa lagi yang terjadi, berdepanlah dengan saya.

Tak takut disaman kerana dia juga boleh menyaman semula dan mempunyai banyak bukti…
Saya tak takut kena saman, saya pun boleh saman dia balik sebab saya ada banyak bukti.

Bukan saya sahaja dan banyak lagi wanita yang dia aniaya. Saya tahu dengan konten agama dia tu, mungkin orang cair.

Atyka sifatkan cara ibu kepada influencer terbabit kurang ajar…
Makcik saya minta maaf, saya bukan nak berdendam dengan makcik tapi cara makcik cukup kurang ajar dan saya rasa makcik patut sedar diri sebab bukan saya sorang sahaja yang cakap makcik macam ini tapi di belakang saya ada ramai lagi.

Saya harap makcik sedar dan ubahlah. Tak semestinya kita pandai agama tapi adab kita tiada.

Dalam pada itu, Atyka turut berharap dapat berjumpa dengan influencer terbabit untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik. Dia juga tidak mahu wanita lain turut menjadi mangsa.

Saya taknak ramai lagi wanita di luar sana terkena dengan dia dan saya ada bukti. Tolong jangan aniaya perempuan lain dekat luar sana. Kalau tak salah jangan lari.

Apapun, setakat hari ini influencer itu masih mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan sebarang komen tentang apa yang berlaku.

Kredit: mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*