Tak Boleh Sorok! Rupanya Bell Ngasri Pernah Bercerai Dgn Isteri Pertama! Ini Isteri Pertamanya

Fenomena ‘Barkoba’yang menjadi pencetus kempen melobi Bell Ngasri sebagai Bintang Paling Popular dalam kalangan warga maya, menyaksikan aktor serba boleh itu diumum mengungguli trofi utama sempena Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 malam tadi.

Bell yang terdahulu meraih trofi Artis Komedi Popular menewaskan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli, merangkul trofi Bintang Paling Popular pada edisi ke-35 acara anugerah berprestij yang disiarkan secara langsung dari Panggung Sari, Istana Budaya (IB), di sini.

Kemenangan Bell atau nama sebenar, Nasrizal Ngasri mengetepikan calon lain yang sebelum ini disebut-sebut bakal membawa trofi dambaan artis seperti Anna Jobling, Meerqeen dan Aina Abdul.

Trofi Bintang Paling Popular diserahkan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Rafiq Razali kepada Bell di pentas Panggung Sari yang hinggar-bingar dengan tepukan dan sorakan penonton.

sebagai rekod, Pelakon Nasrizal Ngasri yang lebih popular dengan nama Bell, sempat terlena sebelum Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini mensabitkan jatuh talak satu berhubung lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada isterinya, Nur Farhana Mahamd Fauri.

Hakim Syarie Mohd. Yunus Mohamad Zin memutuskan demikian selepas berpuas hati mendengar penjelasan dan pengakuan Nasrizal sebagai pengirim SMS tersebut.

Lihat penjelasan dalam video ini:

Nur Farhana, 26, selaku plaintif telah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengesahan lafaz cerai Nasrizal, 28, yang dibuat menerusi SMS pada pukul 3 petang, 22 Oktober lalu.

SMS tersebut berbunyi: ”Aku ceraikan kau. Thank you. Selamat berjaya.”
Terdahulunya, Nur Farhana yang duduk di galeri awam berjalan menuju ke arah hakim ketika kes mereka berdua disebut pada pukul 10 pagi. Dia bagaimanapun sambil tersenyum berpatah semula ke belakang untuk mengejutkan suaminya yang nampak keletihan hingga terlena.

Ditanya sama ada kemelut rumah tangganya disebabkan pihak ketiga, Nasrizal menegaskan: ”Tidak ada pihak ketiga. Kalau saya buat silap dan menyinggung perasaan orang lain, saya minta maaf banyak-banyak.”

Pasangan itu bernikah pada pukul 3.50 petang 30 Mac 2007 di Taman Bukit Permata, Taman Sri Gombak dengan mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM8,888.88.

Pelakon yang muncul dalam filem Cinta pada November 2007 telah berlakon sejak kecil lagi. Dia turut membintangi filem genre komedi, Antoo Fighter yang akan ditayangkan hujung bulan ini. – Utusan

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*