Hantaran terbaharu Zahirah MacWilson di IG dipuji peminat

Video terbaharu dikongsi Zahirah MacWilson di Instagram (IG) dipuji pengikut, malah, ada yang memberi komen ‘beauty with brain’ (jelitawan bijak) apabila dia tidak menyentuh atau memberi reaksi terhadap kontroversi ‘panas’ menghimpit dirinya, sejak beberapa hari lalu.

Melalui video itu, Zahirah yang dilihat menggayakan gaun tanpa lengan rona hitam, memberi beberapa ‘pose’ dengan wajah disolek nipis, namun, tampak jelita.

Entri berkenaan juga tidak disertakan dengan keterangan atau ‘caption’, sebaliknya, simbol rama-rama dan burung berwarna putih.

Pengikut termasuk rakan selebriti dilihat menunjukkan sokongan kepada Zahirah dengan memberi kata-kata semangat kepadanya di ruang komen.

Antara rakan selebriti terbabit adalah Mira Filzah, Sherry Ibrahim, Mimi Fly, Eyra Hazali, Little Miss Khan dan ramai lagi.

Pengikut rata-rata menganggap Zahirah ada kelas tersendiri dan bermaruah berikutan tidak melatah ketika dirinya terpalit dalam kontroversi dicetuskan aktres Fathia Latiff.

Sehingga kini, hantaran dimuat naik Zahirah menerima lebih 150,000 tanda suka dan lebih 7,000 komen.

Seorang pelayar internet menganggap hantaran dimuat naik Zahirah sebagai suatu taktik ‘membalas’ kontroversi dicetuskan Fathia dengan berhemah dan bijak.

“Cara respons dengan isu yang sedang hangat, penuh dengan ‘class’ dan profesional,” katanya.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*