
Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah era 1990-an, Zack Idris menghembuskan nafas terakhir petang tadi, di Hospital Shah Alam pada usia 53 tahun.
Bekas isterinya, Aliza Rafar berkata, Zack ditidurkan sejak malam semalam selepas dikejarkan ke hospital akibat muntah dan pitam.
“Tadi, saya pulang ke rumah dari hospital dan sampai sahaja di rumah, lebih kurang waktu Asar, saya dimaklumkan bahawa arwah sudah tiada.
“Berdasarkan apa yang saya faham, ia berkaitan dengan kandungan air dalam badan dan dia ada komplikasi jantung,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Aliza, semalam, Zack atau nama sebenarnya Mohd Idris mengadu kepada anak-anaknya bahawa dia rasa lemah dan rasa tidak berdaya.
“Arwah pernah menjalani pembedahan pada 13 tahun lalu. Semalam, dia rasa lemah dan tak berdaya. Katanya, rasa nak pitam. Jadi, dia berbaring.
“Bila dia bangun untuk makan dan minum, dia muntah. Kemudian, kepalanya mula rasa pening. Jadi, anak ajak dia ke hospital. Bila sampai ke hospital, doktor maklumkan bahawa badannya dah teruk.
“Jadi, dia terus dimasukkan ke zon merah kecemasan dan diberi bantuan oksigen seterusnya ditidurkan sejak malam semalam,” katanya.
Zack dan Aliza pernah berumah tangga selama 18 tahun sebelum bercerai lapan tahun lalu. Perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Zack sebelum ini aktif sebagai pelakon dan pengarah, namun, bersara dari dunia seni dan banyak menghabiskan waktu untuk menjaga ibunya di kampung.
Antara karya-karya yang membabitkan namanya adalah filem-filem seperti Johnny Bikin Filem, Penyair Malam, Syukur 21, Black Maria dan Cendol: Kepada Allah Aku Berserah selain teater Sultan Alauddin Riayat.
Diana juga memaklumkan arwah ditidurkan bagi bagi menstabilkan kesihatan namun tidak dapat bertahan lama.
“Tak lama pun dia ditidurkan… rasanya lepas Zohor. Kemudian arwah meniggal dunia betul-betul sebelum azan Asar,” ujar.
Tambah Diana, hubungan mereka sekeluarga bersama arwah masih baik meskipun arwah dan kakaknya iaitu Aliza Rafar sudah lapan tahun berpisah dengannya.
Menurutnya juga, salah seorang anak arwah tidak dapat pulang dalam masa terdekat kerana sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom.
“Walau Aliza dan arwah dah berpisah, hubungan kami masih baik. Setiap kali raya kami akan sambut bersama.
“Sedih juga bila anak yang paling manja tidak dapat melihat arwah bapanya di saat akhir.
Sementara itu, pihak pengurusan Surau Nurul Ihsan Seksyen 6, Shah Alam memaklumkan jenazah sedang dalam perjalanan ke surau tersebut.
Jenazah akan diuruskan iaitu dimandikan dan dikafankan pada pukul 8.30 pagi Sabtu di surau berkenaan.
Manakala solat jenazah pula diadakan sejam kemudian sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam.
Zack dan Aliza Rafar berkahwin selama 18 tahun namun rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian sejak lapan tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Antara karya-karya yang membabitkan namanya adalah filem-filem seperti Johnny Bikin Filem, Penyair Malam, Syukur 21, Black Maria dan Cendol: Kepada Allah Aku Berserah selain teater Sultan Alauddin Riayat.
Leave a Reply