Ibu kepada pelakon sensasi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza meluahkan rasa berang apabila wujud individu yang sekali lagi menabur fitnah terhadap dirinya.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Hafiza bengang kerana difitnah mahu menuntut hak penjagaan salah seorang cucunya daripada Bella Astillah.
Siti Hafiza turut meminta individu berkenaan memadam perkongsian tersebut atau dia akan mengambil tindakan undang-undang kerana fitnah berkenaan.
“Kepada orang yang kongsi fitnah dajjal ini, padam perkongsian ini atau kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anda. Tolong lapor akaun TikTok dia,” tulisnya.
Sementara itu, dalam satu perkongsian lain Hafiza ada memuat naik akaun individu berkenaan serta memberi peluang kepada individu itu menjelaskan dari mana dia mendapat sumber fitnah berkenaan.
Terdahulu, Aliff Aziz bersetuju untuk memberikan hak penjagaan penuh kedua-anak mereka kepada bekas isteri, Bella Astillah
Leave a Reply