Buat Batang Langsir DIY Semudah ABC Dengan Modal RM5 Jer. Senang, Jimat & Mudah Pasang!

Kalau bab-bab menghias rumah ini, ibu-ibu yang paling teruja. Apa sahaja tip atau inf0 yang diberikan pasti cuba dipraktikkan di rumah sendiri. Lagi lagi kalau yang melibatkan bajet murah tetapi hasilnya memuaskan.

Baru-baru ini tular satu perkongsian mengenai dekorasi bajet ini yang meraih perhatian ramai kerana ia lebih mudah dipasang selain tidak perlu mengeluarkan m0dal yang banyak. Barang yang digunakan pun mudah didapati dan murah harganya.

Ini antara langkah ringkas yang dik0ngsikan:

Deko Bajet RM5 jer untuk buat batang langsir DIY ???

Balut pvc dgn balance wallpaper
Gantung langsir 4 tahun lps..

Bole la wat tipu2..

Ini bahan yang diperlukan

Balut PVC dengan menggunakan lebihan wallpaper…

Inilah hasilnya. Mudah kan!

Saya buat macam ni..

Idea tersebut mendapat respon daripada warganet yang memuji dekorasi bajet ini kerana ia boleh dijadikan cara mudah untuk memasang langsir. Selain itu, ada juga yang turut berk0ngsi idea lain.

Daim Yusuf Benda yg lekat tu, sebenarnya ada yg kuat tp korg aje salah beli. Main kaut aje pastu gi bayar kt kaunter. Dkt packaging dia dh tulis had limit berat. Ada yg sampai 10kg+ tapi mahal sikit rasanya. Gam dia pun kena pastikan betul2 cair terus lekat. Benda ni nampak aje simple, tp baik kau paku aje. Senang ??

Mariani Ali kt umah guna paip pvc & paku clip dia… senang, jimat… bila nk cuci langsir, longgarkan je clip.. siap… kukuh pon kukuh…

Jila Abdullah I memang buat cara ni pun tapi rod langsir tu i beli ikea punya. Yang pelekat tu, i beli brand Command yg besar sekali tu. Boleh tahan berapa kg tah, lupa, and pakai tiga untuk length rod dalam 2m. Tapi pakai langsir ringan je la. So far, so good. Sebab Command tu boleh tanggal bila-bila, tinggal beli double tape dia je. Tak tinggalakan bekas pun kat dinding.

Paku kiri kanan

Farah Nurdiana Ahmad Rumah mak saya pakai PVC JK..senang sangat nak buka langsir..pastu paku kiri kanan..

Roha Hayzza Mak aku guna pvc hahah pstu letak kulit telor hujung pvc, nmpk orii lahhh hahahhaa die pi spray telor tu jadi putih sama wrna ngn pvc tu, xde la nmpk batang paip.

Myda N’asmida Sy pun guna hook ni untuk langsir sliding door. Pasang awal puasa aritu setakat ni bertahan lg …

Fy Fyda Dekat rumah memang pakai ni tp lubangkan pastu skru.. Baru kukuh

Sumber: HCL via Makan Sedap Johor

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*