
“Saya tak kisah rupa paras, tak terpikat tengok muka ‘handsome’ (kacak) tapi lagi suka lelaki muda.
“Satu bonus buat mereka (lelaki) jika boleh buat saya yang begini (tegas) jadi manja,” Demikian reaksi pegawai polis tular, ‘Inspektor Sheila’ atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35, ketika ditanya kriteria lelaki idamannya.
Berhubung ‘iklan cari jodoh’ dimuat naiknya di Facebook (Fb), baru-baru ini, Sheila berkata, dia nekad mencari pasangan secara terbuka selepas mendapat banyak pertanyaan daripada orang sekeliling susulan pendedahan statusnya yang masih bujang.
Sheila juga tidak menyangka percubaannya itu mendapat perhatian ramai hingga menerima banyak komen dan kiriman mesej di platform berkenaan.
Menurutnya, dia membaca kesemua mesej diterima namun belum membalas atau menerima pelawaan untuk temu janji dengan mana-mana lelaki yang ingin berkenalan dengannya.
“Selepas tular cerita mengenai status saya yang bujang, keluarga ada tanya kenapa beritahu dan ramai juga bertanya mengenainya.
“Disebabkan pening dengan pertanyaan itu, saya nekad muat naik satu hantaran bagi mencari pasangan dan perkongsian berkenaan meraih 1,000 tanda suka.
“Memang ramai lelaki nak berkenalan bukan setakat Melayu, Cina dan India tetapi juga Punjabi yang menetap di negara ini,” katanya ketika ditemubual eksklusif Harian Metro, hari ini.
Sheila berkata, kriteria lain ditetapkannya dalam mencari pasangan adalah lelaki berkenaan mestilah bujang, tidak mengongkong, aktif bersukan dan paling utama menghormati wanita.
“Lelaki itu kena ‘fit ‘(cergas), tak nak orang gemuk kerana apabila sudah berkahwin nanti, saya akan tengok muka dia 24 jam.
“Dia juga kena pandai bertutur dalam bahasa Inggeris kerana saya ada Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris, suka melancong, utamakan keluarga dan agama selain ada ‘standard’ (menepati piawaian) serta berfikiran kelas dunia.
“Sebenarnya, saya ada berkenalan juga dengan ramai lelaki Melayu dan ramai yang ‘sporting’ malah saya terbuka saja.
“Cuma, saya belum jumpa lelaki yang sesuai malah setakat ini tiada lagi yang lepas saringan. Sebab itu saya memilih jadi bujang dan kalau ‘single’ solo seumur hidup pun saya ‘happy’ (gembira) saja,” katanya yang yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Major Bahasa Inggeris dan Minor Bahasa Itali lulusan Universiti Malaya (UM).
Sumber : Bharian
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
<meta http-equiv=”refresh” content=”10; url=https://shope.ee/10YdiGwAl7″>
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply