“Anak siapa ni?” – Budak buat hal lagi, berani pandu kereta di jalan sesak

NAMPAKNYA isu kanak-kanak memandu kereta di jalan raya masih tidak berkesudahan.

Terbaharu, tular video menunjukkan sebuah kereta Proton Saga berwarna silver dipandu oleh seorang kanak-kanak lelaki.

Video tersebut dirakamkan oleh seorang individu dipercayai rakan kepada pemandu bawah umur tersebut.

Lebih mengejutkan apabila budak lelaki itu begitu berani memandu kereta di jalan raya yang sesak.

“Harap polis ambil tindakan tegas dekat ibu bapa yang gagal jaga anak macam dalam kes ini.

“Kalau boleh ambil budak ni sekali sumbat dalam lokap seminggu biar dia tahu,” demikian menurut ciapan pemilik akaun Twitter yang berkongsi video itu pada Ahad.

Kanak-kanak itu memandu ketika jalan raya sesak.

Menerusi rakaman video berdurasi seminit dan 21 saat itu, kedengaran suara sekumpulan kanak-kanak dari seberang jalan yang membuat rakaman berkenaan.

“Aduh budak ini, buat hal bawa kereta. Apa yang dia buat tu?

“Anak siapa ni? Tengok cara dia bawa kereta,” katanya.

Budak lelaki yang memandu kereta Proton Saga itu kemudian memasuki simpang sebelum berhenti di hadapan rakan-rakannya.

“Kau nak mati ke b*d*h? Nanti aku beritahu bapa kau,” kata rakan-rakan yang menegur perbuatannya itu.

Kejadian dipercayai berlaku Kampung Pendamar di Klang, Selangor, pada Sabtu.

Kanak-kanak itu memberhentikan kenderaan untuk bercakap dengan rakan-rakannya.

Sementara itu, tindakan kanak-kanak berkenaan memandu dalam keadaan berbahaya dan tanpa lesen menimbulkan kemarahan netizen.

“Ni jenis suka menunjuk la ni. Siap sedia la kau dik.

“Sila ambil tindakan segera.

“Mak ayah yang perlu diambil tindakan atas kecuaian,” demikian antara komen netizen.

Setakat ini belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.

Sumber:MSTAR

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*