Abang ‘Hot Daddy’ anggap adik sedang diuji, tetap beri s0kongan m0ral

Abang ‘Hot Daddy’ anggap adik sedang diuji susulan kontroversi yang sedang dilaluinya ketika ini berhubung pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.

Hot Daddy jadi perhatian sekarang
Walaupun individu dikenali sebagai Hot Daddy mengaku tidak bersalah, namun isu tersebut telah membuatkan dirinya tiba-tiba sahaja menjadi sebutan dan dianggap seperti selebriti apabila ada video menunjukkan dirinya diminta untuk bergambar bersama orang awam.

Abang ‘Hot Daddy’ anggap adik sedang diuji -“Kes mahkamah biarlah undang2 tentukan”

Susulan daripada itu, abang kepada Hot Daddy yang menggunakan nama akaun TikTok DM Zarra telah memuat naik gambar bersama adiknya dengan kapsyen seakan memberikan sokongan moral kepada individu itu memandangkan sedang berdepan proses mahkamah.

“Saya anggap ini ujian kepada adik saya serta diri saya sendiri… apa-apa pun beliau adik saya. Sebagai seorang abang saya perlu memberikan sokongan moral kepada beliau,” tulisnya.

Abang ‘Hot Daddy’ anggap adik sedang diuji, sebagai abang perlu beri sokongan
Dalam pada itu, beberapa video memperlihatkan Hot Daddy dikerumuni beberapa orang awam untuk bergambar bersama turut dikongsikan oleh DM Zarra di media sosial.

Walaupun dia bukan seorang selebriti, namun perhatian yang diperoleh sama seperti public figure yang disukai ramai melihat daripada reaksi wajah beberapa individu yang bergambar dengannya.

@dmzarra

#lifemustgoon❤️🥰 #bajuhitamdaddyash #alhamdulillah❤️ #badboy #tiktokfypシ゚viral #tiktokfypシ゚viral #mylifemyrules✔🖤 #daddyash #kitajahatdalamciterseseorang #wearehotdaddy❤️ @Ikhwanariffff

♬ Mimpi (feat. Alif) – K-Clique

Abang ‘Hot Daddy’ anggap adik sedang diuji, tutup ruangan komen
Akan tetapi, DM Zarra dilihat menutup ruangan komen di platform TikTok yang memperlihatkan gambar serta video bersama Hot Daddy.

Terdahulu, individu dikenali sebagai Hot Daddy atau Daddy Ash itu telah tular di media sosial apabila sebuah podcast dikatakan membuat video temubual bersamanya sehingga ditegur beberapa pihak.

Namun begitu, podcast berkenaan menegaskan mereka langsung tidak menyokong tindakan yang dibuat Hot Daddy berhubung perkara-perkara yang bertentangan dengan agama.

Lelaki tersebut juga tampil memuat naik video menjelaskan yang dia hanya melepak dan bermain games sahaja bersama podcast tersebut dan tiada sebarang video dikongsikan di media sosial.

Sumber: TikTok dmzarra

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*