Bukan Dadih Susu Biasa, Tapi Topping Mangga Sunquick, Sedapnya Makan Sejuk-Sejuk!

Dadih susu mungkin sudah biasa. Namun dadih susu dengan topping mangga dan suncquick ini memang lain dari yang lain. Sedapnya lain macam.

Macam mana nak buat? Jom ikuti perkongsian resipi dari Pn Yang Ku Rodzmah. Senang!

Hari tu ada orang share resepi dadih susu. So saya dah cuba tapi atas tu saya letak toping mangga dan sunquick mangga. Sedap makan sejuk-sejuk. Rasa ala-ala puding manggo KFC.

Bahan-bahan:
– 1 liter air
– Agar-agar 20g dibahagi 3 (letak 1 bahagian je)
– Gula
– Garam
– Mangga (didadu)
– Sunquick perisa mangga

1.Masak sampai agar-agar hancur.

2.Dah hancur agar-agar barulah letak susu full cream 1 liter. Tunggu dia meruap padamkan api.

3.Tak perlu sampai gelegak nanti susu tu tak cantik.

4.Isi dalam bekas dan bekukan lepas tu boleh lah letak topiing atas tu.

5.Topping tu saya just campurkan je mangga yang dipotong dadu dan sunquick perisa mangga. Takde masak-masak pun.

Sumber: Pa&Ma

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*