“Bukan Keluarga Bapak Kau” – Ali Puteh Berang Netizen Pesan Jangan Lupa Tanggungjawab Sebagai Pak Menakan

Rezeki tak salah alamat, itulah yang dapat dikatakan apabila perniagaan kecil-kecilan pelawak Ali Puteh mendapat sambutan hangat daripada pengguna media sosial.

Difahamkan, Ali menjual sambal petai terangkat dan sambal jering berlado padu yang dimasak sendiri olehnya di rumah. Setakat ini, sudah lebih 1,200 bungkus sambal terjual dalam masa satu bulan sahaja.

Dalam laporan Boom!, Ali berkata memasak bukanlah perkara baru kerana dia pernah menjalankan perniagaan katering bersama arwah ibu dan Abam sebelum ini.

Tambah Ali, pembeli boleh lihat sendiri cara masakan dan bahan-bahan yang digunakan kerana dia membuat siaran langsung di TikTok.

Ali sendiri tak sangka mendapat reaksi positif daripada netizen siap ada yang ulang tempah!

Di ruangan komen, ada netizen berpesan supaya Ali tak lupa diri apabila berjaya kelak. Ali menjawab dengan baik bahawa seumur hidupnya tak pernah lupa diri.

Netizen lain pula menambah berharap Ali sebagai bapa saudara tak lupa tanggungjawab terhadap anak arwah Abam dan meminta maaf terhadap Hidayah.

Tak berdiam diri, Ali dilihat mengajak individu tersebut untuk bersemuka jika tak berpuas hati. Ali mempersoalkan mengapa individu itu sibuk masuk campur urusan keluarganya.

sumber: ohmedia

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*