“Biar Nampak Jahat Dari Bertopeng Kononnya Baik” – Ali Puteh Dedah Perangai Sebenar Hidayah?

Selepas lama senyap, tiba-tiba kecoh pula isu melibatkan pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Siti Norhidayah.

Dalam temubual bersama mStar, Ali menjelaskan pembahagian harta faraid arwah Abam sudah diselesaikan bulan lalu. Katanya, semua orang sudah dapat hak masing-masing termasuk balu arwah.

Apa yang belum setel hanyalah hutang saman yang dikenakan mahkamah terhadapnya iaitu RM75,000. Tapi kata Ali, dia sudah berusaha pelbagai cara membuat rundingan tetapi ditolak Hidayah.

Di TikTok, pelawak yang kini berniaga sambal petai menceritakan kembali kronologi kes tersebut.

https://www.tiktok.com/@aliputeh89/photo/7331464074036792596

Di ruangan komen, Ali dilihat mempertahankan diri apabila masih ada netizen yang tak berpuas hati dengan kenyataan yang dibuatnya.

Ali juga menafikan dakwaan netizen bahawa dia bersikap tamak menyebabkan kontroversi tercetus. Ali meminta netizen yang nak tahu cerita sebenar supaya menghantar mesej kepadanya di Direct Message (DM).

Dalam masa yang sama, Ali meminta netizen bertanyakan kepada Hidayah sendiri apa yang telah dia lakukan. Ali juga menafikan Hidayah berada di pihak yang tersakiti, “Tiada siapa nak mengaku apabila berak di tepi jalan”, katanya.

Apa kebenaran yang disembunyikan Ali agaknya ya?

sumber: om

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*