“Apa Kurangnya Aku?” Giliran Ryan Pula Dedahkan Ria Kerap Tolak Ajakan ‘Bersama’

Memfailkan tuntutan cerai kira-kira Januari lalu, keretakan rumah tangga YouTuber Indonesia, Ria Ricis dengan suaminya, Teuku Ryan terus menjadi sorotan peminat setia mereka. Sebelum ini, abang ipar mereka pernah mendedahkan salah satu punca penceraian itu adalah akibat kegagalan Teuku Ryan melunaskan nafkah batin selaku suami.

Dakwaan Ryan tidak sentuh Ria selepas bersalin adalah tidak benar

Walau bagaimanapun dalam sidang media bersama peguam yang mewakili Teuku Ryan baru-baru ini, terdapat beberapa perkara dijelaskan bagi membetulkan salah faham. Dakwaan bahawa Ryan tidak menyentuh Ria sejak kelahiran anak sulung mereka adalah tidak benar sama sekali.

Ajak untuk bersama sering ditolak…Ada masalah komunikasi

Sebagai seorang suami, lelaki itu sedar mengenai tanggungjawabnya dalam bilik tidur. Bahkan selama ini, dia sudah berusaha untuk mendekati Ria namun kehendak untuk ‘bersama’ sering dinafikan. Ditambah dengan keadaan mereka yang sedang mempunyai salah faham dan masalah komunikasi, lama kelamaan hubungan mereka menjadi hambar sekaligus menjejaskan prihal nafkah batin.

Ryan masih mahu menyelamatkan rumah tangga

“Apa kurangnya aku?”, itulah antara pertikaian yang sempat diluahkan oleh Ryan bila mana ajakan bersama sering ditolak oleh YouTuber tersebut. Untuk menghidupkan semula hubungan mereka, Ryan sudah melakukan banyak cara termasuklah membeli hadiah dan berikan lebih perhatian namun tidak berhasil. Walaupun rumah tangganya sudah berada di hujung tanduk, lelaki ini masih mahu memperbetulkan keadaan.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*