Baru sahaja polis sahkan dibunvh, Sekali ini bukti penting yg mereka jumpa pada badan Zayn Rayyan

Kehilangan kanak-kanak autisme bernama Zayn Rayyan Abdul Matiin telah menjadi perhatian rakyat Malaysia sejak kelmarin lagi setelah ibunya melakukan pengumuman tersebut dengan harapan anaknya dijumpai. Simpati dengan nasib keluarga yang risau tentang keberadaan Zayn, ramai yang memanjangkan berita itu di media sosial. Menurut maklumat asal, Zayn sudah dijemput dari sekolah namun didapati hilang ketika menaiki tangga menuju rumah mereka.

Zayn ditemui pada malam Rabu dalam keadaan terbaring di sungai & lengkap berbaju sekolah

Berkat doa ramai, akhirnya Zayn telah ditemui pada malam Rabu namun ibu bapanya terpaksa menerima hakikat perit kerana anak syurga mereka dijumpai dalam keadaan menyayat hati. Tubuh budak berusia 6 tahun itu ditemukan terbaring dalam sungai berdekatan kediaman mereka yang berjarak kira-kira 200 meter. Zayn juga didapati masih lengkap berpakaian sekolah.

Polis sahkan pemergian Zayn ada kaitan dengan unsur jenayah

Belum habis berduka dengan berita ini, sebentar tadi polis tiba-tiba mengeluarkan pengesahan terbaru bahawa pemergian Zayn dipercayai ada unsur jenayah dan penganiayaan. Melalui hasil post-mortem yang dikeluarkan, mereka telah menemukan kesan kecederaan iaitu pada bahagian badan serta leher Zayn.

Penduduk setempat juga turun padang untuk mencari Zayn

Menurut keterangan ibunya sebelum ini, seorang kanak-kanak memberitahu ada ternampak Zayn memasuki kawan belukar di sekitar kediaman mereka. Pencarian itu kemudiannya diteruskan dengan bantuan penduduk setempat bersama pihak berkuasa.

sumber: Portal Astro Awani

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*