Bekas suami kepada usahawan Noor Nabila iaitu Engku Emran menjadi perhatian apabila berkongsi sebuah foto di Instagram (IG), baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, Engku Emran atau nama lengkapnya Engku Emran Engku Zainal Abidin berkongsi kisahnya yang pernah melibatkan diri dalam bidang penyiaran kira-kira 20 tahun lalu.
Tulis Engku Emran, dia memaklumkan sudah mengenali pelbagai jenis orang sepanjang karier tersebut.
Menjengah ke ruangan balas perkongsian bapa kepada Engku Aleesya itu, selebriti Alif Satar tampil meninggalkan komen di perkongsian tersebut.
“Bro got that oppa style la,” tulis Alif ringkas.
Lalu Engku Emran membalas;
“Nak cari isteri Korea lak lepas ni bro. Disebabkan saya tidak faham wanita, mungkin tidak faham apa yang mereka katakan sepenuhnya,” balas Engku Emran kepada Alif.
Ternyata komen balas Engku Emran itu mencuri tumpuan ramai biarpun ruangan komen tersebut telah dihadkan.
Apakah bekas suami kepada primadona Erra Fazira itu juga ingin menukar selera kepada wanita asal Korea? Kita tidak tahu, jodoh di tangan Tuhan. Jadi kita doakan yang baik-baik.
Terdahulu, Engku Emran dan Noor Nabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pada 25 September lalu.
Engku Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan primadona Erra Fazira namun jodoh mereka juga tidak panjang.
sumber: xtra
Leave a Reply