Sebelum ini, tular hantaran dimuat naik pendakwah terkenal, Ebit Lew menghulurkan bantuan kepada seorang ibu tunggal bertatu, Mondy yang dipercayai seorang gelandangan ketika berada di Jakarta, Indonesia.
Bahkan, Ebit Lew juga telah membantu wanita itu menyiapkan pasport bagi dia terbang ke Malaysia untuk memulakan kehidupan baru selain menawarkan bantuan mencari pekerjaan lebih sesuai.
Bagaimanapun, perkongsian Ebit Lew itu mengundang bualan kurang menyenangkan apabila terdapat segelintir mempersoalkan sama ada pendakwah tersebut tidak mempunyai sensitiviti kerana sering menggunakan ‘agama’ sebagai konten.
Menerusi ciapan dimuat naik pengguna Twitter @ZacZakirin13, dirinya bukanlah membenci individu bernama Ebit Lew sebaliknya konten menyentuh perihal keagaamaan yang sering dikongsikan di media sosial adalah tidak bersesuaian.
“Ebit Lew ni sejak kena dakwa 11 pertuduhan berkaitan dengan masalah peribadi, masih tak serik ya?
“Dulu berlakon dekat Malaysia, lepas tu dekat Palestin, sekarang dekat Indonesia pula? Tak rasa bersalah ke guna agama sebagai konten?”ciapnya.
Dalam hantaran yang sama, individu terbabit juga mempersoal sama ada wanita tersebut adalah gelandangan sebenar seperti mana dinyatakan oleh Ebit Lew dalam hantaran sebelum ini.
Tegasnya lagi, dia bukanlah membenci Ebit tetapi adalah tidak wajar jika memuat naik konten menyentuh keagamaan bagi meraih populariti selain wanita itu bukanlah gelandangan.
Sementara itu, ada juga individu mendakwa wanita dikenali Mondy itu sebenarnya bukan beragama Islam selain sudah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali dan mempunyai seorang cahaya mata.
Gelandangan jadi Model?
Dulu orang taksub dekat Ebit Liew. Angkat dia macam maksum sangat. Apa kau ingat Ebit ke yg kena scam dgn perempuan ni?
Big NO.
Minta maaflah, aku bukan benci Ebit Liew, aku benci org tunggang agama ni utk meraih populariti. pic.twitter.com/H0F4pumsky
— Zac (@ZacZakirin13) June 14, 2023
Sumber: Twitter @ZacZakirin13, Instagram @ebitlew , ohmymedia
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Leave a Reply