Kecoh di media sosial mengenai kes bunuh adik Nur Farah Kartini sejak mayatnya dijumpai di Felda Gedangsa, Hulu Selangor baru-baru ini.
Terbaru! Ada seorang individu meninggalkan komen yang membuat andaian melulu dan memfitnah arwah hamil anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan suspek. Allahu, sampai macam tu sekali dia punya fikiran.
Teman lelaki dia tu polis dan suami orang. Lelaki itu tak nak bertanggungjawab ke atas Farah sebab mengandung.
Ahli keluarga arwah Farah Kartini yang menyedari komen itu menggesa individu berkenaan untuk membuat permohonan maaf selepas didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah itu.
Kenyataan yang tidak berasas itu telah buatkan mereka terkesan kata salah seorang ahli keluarga mangsa.
Saya adik ipar kepada abang mangsa. Mohon pertolongan untuk sampaikan kepada Nor Fatihah Idris untuk buat permohonan maaf secara peribadi dan terus kepada abang serta keluarga mangsa.
Kami sekeluarga amat terkesan dengan kenyataan tersebut. Minta dia hubungi saya secara peribadi. Terima kasih.
Leave a Reply