Si b0ngsu dapat 2A SPM, ayah senang hati hulur RM100… Awal-awal dah buka d0mpet, hargai usaha keras anak

PELBAGAI ragam bekas pelajar tingkatan 5 dapat dilihat ketika keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan baru-baru ini.
Ada yang gembira, tidak kurang juga yang berdukacita namun kesemuanya menggenggam impian untuk membanggakan ibu dan ayah masing-masing.

Begitu juga anak gadis dari Kampung Gachong Inas Johol, Negeri Sembilan ini.

Meskipun tidak meraih kesemua A dalam peperiksaan SPM lalu, namun baginya apa yang diperoleh sudah cukup membanggakan dirinya serta ibu dan ayah.

Bercerita kepada mStar, Fatin Syazana Hamdan mengakui keputusan SPM hanyalah dua A.

Pun begitu ia memuaskan berbanding keputusan peperiksaan percubaan yang dilakukan sebelum ini.

“Semasa percubaan, keputusan saya tak berapa bagus. Jadi saya tidak ceritakan kepada kedua ibu bapa kerana diselubungi rasa serba salah.

“Keluarga pun tak buat jangkaan apa-apa tentang keputusan SPM saya ni… jadi apabila dapat dua A, saya rasa gembira sangat dan mahu maklumkan kepada mereka,” luahnya.

Nana menunjukkan keputusan peperiksaannya.Nana menunjukkan keputusan peperiksaannya.

Kegembiraannya jelas terpacar menerusi rakaman video yang dikongsikan di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Mana tidaknya, dia yang mesra disapa Nana menjerit sambil berlari mendapatkan bapa, Hamdan dan ibunya, Rokiah yang berniaga kedai runcit.

Melihatkan aksinya, si ayah pula sudah bersiap sedia ingin memberikan hadiah berupa wang tunai.

Dengan teruja dia yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik menyatakan setiap A bernilai RM50.

Bapanya kemudian menghulurkan sekeping wang RM100 kerana dia memperoleh dua A.

Bukan itu sahaja, ibunya turut mengucapkan tahniah dan mendoakannya supaya terus berjaya di masa hadapan.

Menurut gadis berusia 18 tahun itu lagi, pada awalnya dia berasa bimbang sekiranya keputusan peperiksaan sama seperti percubaan.

“Sehari sebelum keputusan keluar, saya risau kalau keputusan tu sama macam percubaan sebab saya si bongsu yang nak banggakan keluarga dan tak mahu mereka berasa kecewa.

Aku tak ada A tapi mak ayah tetap peluk cium, mama aku nangis sebab dia nampak usaha aku belajar.

WARGA MAYA

“Kemudian selepas keputusan keluar, saya semak sendiri di rumah. Apabila mengetahuinya, saya terus pergi berjumpa ibu dan ayah di kedai.

“Saya cakap keputusan SPM memuaskan,” luahnya gembira.

Tambahnya lagi, meskipun ayahnya tidak pernah menjanjikan apa-apa, namun tingkah lakunya seolah-olah sudah bersiap sedia ingin memberi hadiah.

“Masa sampai di kedai, saya terkejut ayah nak bagi sesuatu, jadi saya terlebih teruja… tak sangka pula ayah tanya nak berapa.

Nana merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik.

“Saya tergagap-gagap jawab ‘satu A RM50’. Itu yang dia bagi, saya pun seronok sebab ayah gembira,” ceritanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengucapkan tahniah kepada Fatin Syazana.

Tidak kurang juga yang turut berkongsi pengalaman dan mengimbau kenangan ketika mengambil keputusan peperiksaan SPM masing-masing.

“Aku tak ada A tapi mak ayah tetap peluk cium, mama aku nangis sebab dia nampak usaha aku belajar… dia cakap jangan kecewa sangat, yang penting jaga adab dan berakhlak.

“Tahniah dik, saya dulu 7A+ 2B+. Soalan yang ditanya kenapa ada B… tahniah tu belakang sekali.

“Tahniah dik… Bangga mak ayah kamu. Teruskan usaha, semoga berjaya di dunia dan akhirat… dari jauh acik doakan,” ujar beberapa warga maya.

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*