Dengar Orang Menangis Ketika Live, Ryan Bakery ‘Diganggu’ Makhluk Halus? – “Ada Benda Panggil Aku”

Pempengaruh Ryan Bakery berdepan dengan detik cemas apabila dirinya diganggu oleh makhluk halus ketika live bersama rakannya, Asraf Jaafar atau Acap S di TikTok.

Menerusi video yang tular di platform tersebut, Ryan yang berada di luar rumah menyatakan dia berasa tidak sedap hati kerana terdengar seperti seseorang memanggilnya.

Kejadian yang dikatakan berlaku sekitar 3.30 pagi itu turut disaksikan oleh Acap yang mendengar seperti seseorang sedang menangis.

“Aku rasa tak sedap hatilah, rasa macam nak masuk. Macam ada benda panggil aku. Kau dengar tak ada bunyi?,” kata Ryan.

Enggan membiarkan Ryan dalam bahaya, Acap sempat menasihatkan pempengaruh itu untuk masuk ke dalam rumahnya.

“Kau dengar orang menangis ke Ryan? Isteri aku dengar, dia chat aku. Bahayalah, masuklah Ryan. Isteri saya boleh dengar, guys. Isteri saya hijab dia terbuka dulu. Dia yang bagitahu saya kata dia dengar,” katanya.

LIHAT VIDEO:

@farahqabella

#ryanbakery#fyp#foryou#foryoupage #seram#ryanbakeryfans#fypシ

♬ original sound – 🅵.🅰.🆁.🅰.🅷 🆀🅰🅱🅴🅻🅻🅰✨ – 🅵.🅰.🆁.🅰.🅷 🆀🅰🅱🅴🅻🅻🅰✨

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons bahkan, ada juga yang mendengar bunyi yang sama seperti mereka.

sumber: xtra

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*