“Bukan Perjalanan Yg Mudah, Setelah 2 Tahun Akhirnya Kita..” Bangga Jadi Peny0ndol? Netizen Sempat Ambil Gambar Sblm Padam

Sejak kebelakangan ini, nama pempengaruh Islamik Alif Teega semakin menjadi cemuhan dan bahan bualan ramai selepas dirinya mendedahkan sudah berkahwin dua dengan wanita yang bernama, Fatin Umaidah.

Terdahulu, pempengaruh yang terkenal dalam menyampaikan ‘content’ keagamaan itu dikatakan terkena penyakit ain gara-gara orang ketiga selepas isteri pertamanya, Aisyah Hijannah berkongsi momen dirinya membuat rawatan Islam.

Namun, segala spekulasi mula terungkai selepas pasangan pempengaruh yang dikagumi ramai itu memaklumkan bahawa Alif dan Fatin sudah bernikah, pada 18 November lalu.

Terbaharu, tular di media sosial perkongsian Fatin Umaidah menyifatkan Alif sebagai lelaki idamannya di ruangan bio akaun Instagram miliknya.

Malah, wanita itu turut meluahkan rasa bangga dan syukur dirinya kini sudah bergelar isteri kedua kepada Alif selepas dua tahun menempuh cabaran hidup.

Bagaimana pun, perkongsian tersebut telah dipadam oleh Fatin.

“Alhamdulillah, finally married to the man of my dreams, the man i prayed for. It wasn’t an easy journey. Been thru hell and back hit by hit but there was no dull moment at all.

“After 2 years, Alhamdulillah we did it,” tulisnya.

Sebelum ini, Alif dan Aisyah sering dikagumi oleh warganet kerana kerap mempamerkan keharmonian rumah tangga mereka bersama di media sosial.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*